Asal usul motosikal bermula semasa manusia cuba memasang enjin pada basikal. Motosikal pertama di dunia dicipta dengan enjin wap, diikuti dengan motosikal enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Motosikal berkuasa petrol paling awal diwujudkan untuk awam oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula menjadi kenderaan terkenal. Model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman.
Rekaan motosikal berevolusi dan berkembang kepada banyak jenis mengikut peringkat masa. Motosikal telah menjadi bentuk terkini yang kita dapat melihat dan mengguna pada zaman modern ini. Walaupun penggunaan motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat, namun industri ini di kebanyakan dikuasai dan biasa dihasilkan di negara Jepun. Antara jenama utama adalah Yamaha, Honda, Suzuki dan Kawasaki. Dalam tahun 1995, negara kita pun turut mengeluarkan jenama tempatan, iaitu Modenas. Modenas telah memperkenalkan beberapa model moped, street bike, skuter dan juga alat ganti. Secara umum, motosikal digerakkan oleh enjin petrol kecil 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc ke 2000 cc.
Jenis Motosikal di Pasaran
Moped / Kapcai - Jenis motosikal ini paling popular antara semua jenis. Istilah ini digabungkan oleh “Motor” dan “pedal”, jadinya perkataan “Moped”. Enjinnya bersaiz 100 cc hingga 185 cc. Enjin 1 silinder 4 lejang dan dipasangkan dengan transmisi semi automatik daripada 4 ke 6 kelajuan bersama kuasa enjin dihantar ke roda belakang menggunakan rantai.
Motosikal Sport - Motosikal sport menggunakan enjin DOHC berkuasa tinggi antara serendah 50 cc, 2 lejang hingga sebesar lebih 1400 cc 4 lejang.
Skuter - Enjin motosikal Skuter adalah sekecil 110cc dan paling besar 750cc. Beza Skuter dan Moped - Skuter menawarkan transmisi automatik CVT sahaja. Jenis ini sesuai untuk kegunaan dalam bandar.
Sportbike - Dengan jenis motosikal Sportbike, rider boleh dapat prestasi atas jalan yang lebih tinggi, kelajuan tinggi dan mengambil sekekoh deras dan membrek yang stabil dan responsif. Jenis ini lebih berat dan postur badan bukanlah yang paling selesa. Enjin pula dari 250 cc hingga 1200 cc.
Naked Bike - Naked Bike mempunyai kuasa enjin sederhana. Ada categori Naked Bike yang fokus pada kuasa enjin, nama dia Muscle Bike.
5 jenis motosikal yang disebutkan adalah yang paling terkenal dan biasa. Jenis lain termasuk Cruiser (seperti Harley Davidson), Touring Bike (enjin bersaiz besar, fairing dan tangki petrol besar), Retro Bike (rekaan retro dengan enjin modern) dan juga Offroad atau Dirt Bike (motosikal untuk jalan tidak rata).
Kelebihan Motosikal Yang Tiada Pada Kenderaan Lain
Senang belajar dan dipandu
Banyak pemandu motosikal cakap, pandu motosikal seperti pandu basikal. Selagi awak boleh bawa basikal, belajar bawa motosikal tu tidak susah. Untuk yang baru belajar memandu motosikal, boleh pilih motosikal kapcai dahulu. Ini disebabkan motosikal kapcai ini lebih ringan, kecil dan senang dikendalikan. Motosikal kapcai juga sesuai untuk perjalanan dekat pergi dan balik kerja atau sekolah. Skuter juga antara jenis motosikal yang senang dibawa dan sopan rekaannya. Terutamanya lebih sesuai untuk wanita. Di Malaysia, umur minimum untuk mendapatkan lesen motosikal adalah umur 16. Sesiapa yang berminat boleh je belajar daripada pusat latihan memandu.
Budget rendah
Harga motosikal besar perbezaan berbanding dengan kereta. Sebuah motosikal boleh dapat tidak melebihi RM 10,000 tetapi kereta paling murah di Malaysia, Perodua Axia berharga bermula RM 23,000. Lesen dan cukai untuk motosikal ni lebih murah daripada kereta. Jadi, kuranglah sedikit komitmen untuk awak yang baru sahaja bermula bekerja atau orang yang ada budget rendah. Kebanyakan kenderaan menggunakan minyak petrol. Berbanding motosikal dengan kenderaan lain seperti kereta, motosikal memang jimat duit petrol. Kalau bawa kereta, pun tak semestinya bawa banyak orang. Jadi kalau pilih motosikal (cukup untuk dua orang) tu jimatlah. Untuk yang kena keluar dari rumah hari-hari tu kena lah bertimbang dan kira betul-betul sebelum memilih kenderaan anda. Dari segi servis kenderaan pula, motosikal memerlukan servis yang tidak sekerap kereta. Kos servis dan membaiki pun tidak mahal. Lagi satu kebaikan besar adalah pemandu motosikal tak perlu bayar tol tak kesah berapa jauh pun awak pergi. Kalau berbanding dengan basikal, basikal tentulah lebih jimat. Kalau perjalanan tak jauh, basikal tu okay. Tetapi kalau pergi sekolah atau pun kerja tu tak sesuai sebab awak akan berpeluh-peluh. Kena lah mandi dahulu sebelum masuk ofis atau sekolah. Secara keseluruhan, motosikal memang kenderaan yang boleh jimatkan duit awak.
Saiz kecil, senang cari parking
Jangan meremehkan kebaikan motosikal ini. Kalau duduk dekat bandar, awak mesti tahu. Parking tu bukan senang didapat mana-mana, terutamanya pusat membeli-belah. Banyak pemandu kereta order Grab je kalau nak keluar. Motosikal tu lebih mudah lah nak dapatkan parking berbanding dengan kereta sebab saiz kecil dan ambil ruang besar. Biasanya banyak tempat kita kena pergi untuk menyelesaikan urusan seharian. Banyak tempat yang kita kena cari parking, bukan semua tempat senang dapatkan parking. Pemandu motosikal boleh lah park dekat tempat yang disediakan untuk mengelakkan daripada menghalang lalu lintas dan risiko kemalangan.
Tak perlu beratur panjang-panjang dalam lalu lintas
Sekarang semua dah kembali normal, jadi banyak lah kenderaan atas jalan raya. Pekan ke, bandar ke semua sama je. Waktu puncak tu memang sesak lah. Pemandu motosikal lebih bertuah sebab tak payah beratur macam pemandu kereta. Awak boleh mencelah diantara kenderaan lain semasa terperangkap dalam jam, tak lagi perlu duduk di belakang lautan kereta yang menunggu lalu lintas bergerak. Kalau lama kena tunggu jadilah mood teruk dan geram sebab bazir masa dan panas atas jalan raya. Pemandu motosikal perlu lah berhati-hati semasa mencelah antara kenderaan lain, kadang pemandu lain tak nampak motosikal kecil dan comel awak.
Sebelum membuat keputusan untuk belajar dan dapatkan lesen memandu dan membeli kenderaan, berbanding lah dengan cermat.
Membeli motosikal, ingatlah Kedai Motor Singdeca :)
Untuk pertanyaan, sila hubungi kita:
http://www.wasap.my/60166899613 atau 60166899613 / 60144009613
Waktu Operasi:
Isnin - Jummat (9:30am-7:30pm)
Sabtu - Ahad (9.30am-6:00pm)
Alamat:
16A Jalan Tebrau 80250 Johor Bahru
Laman web: https://sites.google.com/view/singdeca/home