SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS
SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS
SDG 6 : PEMBANGUNAN LESTARI ISU PENGURUSAN AIR DAN SANITASI KEPADA SEMUA
Matlamat pembangunan lestari 6 ialah isu pengurusan air dan sanitasi untuk semua. Dalam pembangunan lestari ke 6 menekankan pentingnya mendapatkan air yang bersih dan kebersihan bagi menjamin pembangunan yang sejahtera. Mendapatkan bekalan air dan minuman yang bersih dan juga pengurusan sanitasi yang lebih selamat. Air merupakan sumber asas yang meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Ini bermakna air merupakan entititi terpenting bagi setiap sel-sel kehidupan. Tanpa air tidak mungkin kehidupan di dunia ini dapat bertahan lama. Air tidak boleh diminum begitu sahaja. Ia memerlukan proses penapisan sehingga pembersihan sehingga sah selamat ianya boleh digunakan dan disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Pihak yang bertanggungjawab merupakan satu badan autoriti yang mempunyai kuasa untuk membekalkan air yang bersih dan selamat diminum untuk kegunaan seharian. Sanitasi pula boleh difahami sebagai sistem kawalan kebersihan awam, termasuk bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan najis. Sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu United Nation untuk memastikan semua lapisan masyarakat mendapatkan akses kepada sumber air bersih dan sistem sanitasi yang baik. Sebagai sebuah negara dengan keluasan 710 km2 dan penduduk padat iaitu sekitar 5.4 juta penduduk Singapura tidak mempunyai sumber daya alam di negaranya dan memiliki sedikit simpanan daya tahan untuk mengumpulkan dan menyimpan air dan ia merupakan tentangan besar bagi negara Singapura (farhani, 2021) . Dalam tempoh 50 tahun terakhir Singapura telah berusaha untuk mengatur pelbagai strategi/usaha untuk menemui kebutuhan air dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu tangkapan air, air recycling, air import dan desalinasi. Mengikut Perjanjian air 1962 Singapura. Negara Singapura juga membekalkan air yang sudah dirawat sebanyak 16 juta gelen sehari ke Johor atas permintaan negara ini. Selain itu negara Singapura akan membekalkan bekalan air 5 juta gelen sehari ke Johor " atas dasar muhibah pada harga yang sama ditetapkan di bawah Perjanjian Air 1962 . Singapura membekalkan air terawat 50 sen bagi setiao 1,000 gelen air(Singapura tambah bekalan air bersih ke M'sia atas permintaan Johor - BERITA MediaCorp, 2021) . Sumber alam seperti air yang bersih adalah keperluan asas. Pembangunan Lestari 6 memastikan pencapaian pengurusan air mampan dan sanitasi untuk semua. Kemudahan pengurusan air yang berterusan dan sanitasi yang selamat amat penting untuk membuka pertumbuhan dan produktiviti ekonomi dan memberikan pengaruh yang besar untuk pelaburan yang ada dalam bidang utama kesihatan, pendidikan bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat di Singapura.
SDG 7 : TENAGA BERPATUTAN DAN BERSIH : MENJAMIN CAPAIAN KEPADA TENAGA BERPATUTAN, DIPERCAYAI, MAMPAN DAN MODEN KEPADA SEMUA
Menjelang tahun 2030 kadar peningkatan penggunaan tenaga akan meningkat sebanyak dua kali ganda iaitu peningkatan global peningkatan kecekapan tenaga. Untuk menghasilkan kecekapan tenaga yang bersih, penggunaan sumber tenaga adalah satu keperluan bagi tamadun manusia untuk menjalankan kehidupan harian dan kemajuan. Walau bagaimanapun, ketidakcekapan (pembaziran) dalam penggunaan tenaga elektrik menyumbang kepada perubahan iklim dengan ketara. Kecekapan tenaga bermaksud kita menggunakan tenaga yang kurang untuk menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau output sebenar yang diinginkan. Sebagai contoh produk-produk yang dilabel pemakaian kecekapan tenaga berbanding dengan produk-produk yang tidak cekap tenaga. Daya teknologi baru rangsang usaha Singapura kurangkan kesan karbon. Merupakan kajian pakar runding Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan meneroka daya tenaga dan teknologi lebih bersih untuk negara Singapura. Selain itu negara Singapura mempunyai keupayaan Penggunaan tenaga menandakan permulaan tamadun manusia. Ia bermula dengan penggunaan biomassa pembakaran penemuan pembakaran api untuk menghasilkan haba untuk tujuan pemanasan dan memasak tempatan. Revolusi Perindustrian pada akhir 1700-an menyebabkan anjakan paradigma penggunaan arang batu, minyak dan gas asli sebagai sumber tenaga utama. Apabila penduduk meningkat selama bertahun-tahun, permintaan untuk ini sumber yang tidak boleh diperbaharui juga meningkat banyak kali ganda, Menjelang tahun 2030 peningkatan kerjasama banyak dilakukan untuk memudahkan akses ke tenaga bersih penyelidikan dan teknologi, termasuk tenaga yang boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan maju dan lebih bersih bahan api fosil teknologi, dan mempromosikan pelaburan dalam infrastruktur tenaga dan teknologi tenaga bersih.
SDG 13 : Mengambi tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesannya
Negara Singapura juga mengambil langkah inisiatif bagi mengurangkan kesan perubahan iklim di negara berkenaan. Antara sasaran yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah menguatkan daya tahan dan kapasiti terhadap hal-hal yang berkaitan dengan iklim dan bencana alam di semua negara. Selain itu juga mengintegrasikan ukuran-ukuran perubahan iklim ke dalam kajian bagi melaksanakan perancangan strategi dan perencanaan nasional. Merujuk kepada laporan media berita corporation lebih 90% rakyat Singapura sedar akan perubahan iklim, dengan sebilangan besar daripada mereka sanggup melakukan lebih termasuk menanggung kesulitan dan membayar kos lebih tinggi untuk membantu menangani masalah itu.
Satu tinjauan dwi tahunan ke atas 1,000 penduduk yang dijalankan awal tahun ini antara Mei dan Julai mendapati kira-kira 95 peratus tahu tentang perubahan iklim.Ia satu peningkatan berbanding 90 peratus yang dicatatkan pada 2017.Jumlah yang sama juga menyokong peralihan negara ke arah ekonomi yang rendah karbon. Tinjauan itu juga mendapati sebilangan besar penduduk bersedia untuk membayar lebih bagi melindungi bumi ini, hampir 8 dalam 10 berkata mereka bersedia menanggung kos tambahan untuk membantu Singapura berubah menjadi ekonomi rendah karbon. Ini termasuk membayar lebih bagi barangan plastik dan penggunaan tenaga. Antara perubahan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi perubahan iklim alam adalah seperti mengambil pengangkutan awam atau melalui tingkah laku harian mereka untuk memperbaiki infrastruktur tertentu atau menggunakan beberapa garis panduan yang lebih utamakan gaya hidup mesra alam."(Lebih ramai warga Singapura sedar akan perubahan iklim, sanggup tampung kos untuk pelihara bumi - BERITA MediaCorp, 2021)