Konsep keupayaan menampung merupakan satu konsep yang menekankan ciri-ciri saiz kepadatan penduduk, taburan penduduk, taburan umur yang akan mempengaruhi sesebuah penempatan kawasan dalam skala kependudukan. Keperluan manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup menjadi punca kepada sumber yang terhad. Sebagai contoh Negara Singapura tidak mempunyai sumber alam dan juga bergantung kepada negara luar untuk mendapatkan sumber tenaga terhad seperti air.(green, 2021)
Analisis Negara Singapura
Sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Negara Singapura mempunyai bilangan penduduk sejumlah 5 850 000 (2020). Kadar kepadatan penduduk di negara Singapura yang berkeluasan 719km2 dengan kepadatan penduduk 780002 orang. Data worldbank menunjukkan juga peratusan populasi penduduk yang jarak di bawah 5 meter adalah sebanyak 10.3%. Negara- negara yang berhampiran kepadatan penduduk di bawah jarak 5 meter seperti di Jepun iaitu 12.6%, Hong Kong 10.3% dan Myanmmar 11.0% manakala di Malaysia pula ialah 5.1% [data worldbank indikator: population living in areas where elevation is below 5 meters (% of total population). Ini menunjukkan negara-negara Asia juga mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi di rantau Asia. Keupayaan menampung bermaksud satu konsep ampungan iaitu jumlah penduduk yang berada di kawasan tertentu dengan penggunaan sumber yang terhad. Keampungan bermaksud keupayaan untuk menampung penduduk dunia dengan keperluan sumber alam yang terhad seperti sumber tenaga seperti air, oksigen dan juga ruang. Daripada kajian ini kita akan mengkaji adakah sumber terhad ini dapat menampung keupayaan bilangan penduduk di negara Singapura. Negara Singapura mempunyai keluasan tanah sekitar 719km2 dengan kepadatan penduduk 780002 orang. Dianggarkan kategori belia berumur 15 tahun ke bawah di Singapura dianggarkan sebanyak 12-18%, manakala bagi warga yang berumur 65 tahun dan ke atas pula sebanyak 14% datawww.prb.org.what/statistik..Daripada kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan negara Singapura untuk menampung golongan yang tidak boleh bekerja iaitu golongan belia (di bawah 15 tahun) dan golongan warga tua masih rendah sebanyak 32%. Ini menunjukkan golongan yang mampu bekerja dan menghasilkan produktiviti di negara Singapura adalah tinggi kerana berkeupayaan untuk menghasilkan tenaga kerja yang produktif dan mahir.
Kapasiti bumi untuk menampung manusia akan ditentukan oleh:
Kekangan alam sekitar
Pilihan manusia
-Ekonomi
-Alam Sekitar
-Budaya (termasuk nilai, politik dan demografi)
Perdana Menteri pada ketika itu Lee Kuan Yew merupakan seorang pemimpin yang karismatik dan juga transformasional karena ia adalah pemimpin yang sangat baik hampir di semua bidang. Dubrin menyatakan bahwa sebahagian besar pemimpin karismatik mampu menginspirasi dan memotivasi orang tetapi biasanya tidak mampu membawa perubahan besar seperti pemimpin transformasional (DuBrin, Dalglish, & Miller, 2006). Namun ia sebaliknya di Singapura, seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, bahawa Lee Kuan Yew telah mengubah Singapura secara drastik dengan tujuannya yang sangat tinggi untuk bisa melaksanakan visinya untuk membuat Singapura menjadi Negara yang lebih baik. Dalam sebuah buku Lee Kuan Yew yaitu Hard Truths to Keep Singapore Going disimpulkan bahawa ia memiliki tiga keutamaan disepanjang pemerintahannya yaitu adanya keselamatan nasional, ekonomi, dan isu-isu sosial (Ibrahim, 2011). Dalam 3 dekad Singapura telah berjaya menjadi sebuah negara yang maju. Ini menunjukkan konsep budaya iaitu nilai, politik dan demografi mempengaruhi keupayaan menampung negara Singapura untuk terus mengekalkan prestasi budaya kerja yang unggul. Perdana Menteri Singapura pada ketika itu telah menjadikan Singapura sebuah pemerintahan yang stabil, efisien dan mengamalkan konsep pasaran tebuka. The Heritage Foundation dalam 2013 Ten Economic Freedom, Singapura mendapat peringkat kedua dunia dengan skor rata-rata 88.0 sebagai negara yang memiliki kepatuhan hukum, pemerintahan yang terbatas, efisiensi, dan pasar terbuka. Selain itu, Singapura berhasil memperoleh GDP US$14.000, serta negara yang bersih dari rasuah.
Hubungan antara konsep keupayaan menampung ialah perkaitan antara sumber alam dan lebihan penduduk. Sumber alam dan kependudukan merupakan dua elemen penting yang boleh dikaitkan dengan keupayaan menampung. Daripada maklumat ini jelas menunjukkan bahawa sumber alam dan keupayaan menampung adalah berkait. Jika dibandingkan negara Singapura dengan negara-negara Asean yang lain negara Singapura antara negara yang kecil di rantau Asia. Walaupun negara Singapura tidak mempunyai sumber alam namun Singapura memiliki ekonomi pasaran yang sangat maju. Selain itu pelabuhan Singapura juga adalah antara pelabuhan di Singapura yang membantu ekonomi Singapura. Ekonomi Singapura termasuk di antara sepuluh negara paling terbuka, kompetitif dan inovatif di dunia. Dianggap sebagai negara paling ramah bisnis di dunia, Ratusan ribu warga asing yang bermastautin diluar Singapura terdiri daripada golongan ekspatriat asing datang bekerja di Singapura di berbagai perusahaan multinasional. Terdapat juga ratusan ribu pekerja asing yang bekerja di Singapura.