LAPORAN RINGKAS
Negara Singapura merupakan sebuah negara yang dikatakan sangat maju dan negara yang Asia yang paling berkembang dengan pesat dalam sektor ekonominya. Perkara ini terbukti apabila Singapura Singapura dikatakan antara ekonomi yang kompetitif di dunia. Hal ini juga dapat kita kaitkan dengan ekonominya iaitu merupakan ekonomi pasaran bebas. Hal ini bermaksud, kanak-kanak dan generasi yang sedia ada dapat menikmati pendidikan yang sempurna dan juga mempunyai kesihatan yang baik. Anggaran penduduk Singapore pada masa kini sudah melebihi 5.7 million pada tahun 2019.
Konsep ampungan yang dinyatakan merujuk kepada satu konsep semakin ramai bilangan penduduk disesuatu kawasan maka pertambahan terhadap permintaan sumber bumi akan turut meningkat. Kajian mengenai negara yang dipilih iaitu Singapura memandangkan Singapura merupakan sebuah negara dikategorikan sebagai negara maju. Singapura juga telah banyak mengatasi kemajuan ekonomi dan teknologi dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang lain. Walaupun Singapura merupakan negara yang berskala kecil dan mempunyai bilangan penduduk mencapai 5.8 juta dengan keluasan muka buminya hanya 719 km persegi namun pencapaian negara Singapura amat baik. Teori mengatakan bahwa semakin ramai bilangan penduduk akan menyebabkan keperluan sumber alam semakin terbatas. Kajian bersetuju dengan fakta ini kerana bilangan penduduk yang ramai akan menyebabkan persaingan untuk mendapatkan sumber-sumber yang terhad bagi meneruskan kehidupan. Walaupun negara Singapura tidak mempunyai sumber alam namun dengan daya kreativiti dalam bidang hub perniagaan yang mengamalkan konsep pasaran terbuka, negara yang kompetetif, inovasi dan menyediakan pasaran kerja yang terbaik dalam dan luar negara menyebabkan Singapura menjadi pilihan untuk pelabur-pelabur melabur dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka.
3 SDG yang dipilih iaitu SDG 6 iaitu isu pengurusan air dan sanitasi untuk semua. SDG ini sangat menarik untuk dibincangkan memandangkan negara Singapura membeli bekalan air mentah di Malaysia. Kajian dilakukan untuk melihat bagaimana negara Singapura melihat kekurangan ini sebagai satu ancaman sumber yang terhad dan bagaimana negara Singapura cuba untuk mengatasi masalah ini bagi mengurangkan kebergantungan sumber di negara jiran. SDG 7 pula mengenai isu tenaga berpatutan dan bersih bagi menjamin kepada tenaga yang berterusan. Sejauh mana negara Singapura mengambil langkah untuk menjamin keperluan tenaga yang terhad dan juga alternatif untuk mencari sumber-sumber tenaga baharu bagi memastikan kestabilan dan kelestarian negara Singapura. SDG yang terakhir adalah SDG 13. SDG ini adalah merupakan isu global di semua negara iaitu perubahan iklim dunia dan bagaimana negara Singapura mengambil pendekatan untuk mengatasi masalah pemanasan global. Daripada kajian juga didapati rakyat negara di Singapura mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan banyak kempen-kempen yang dijalankan kepada rakyat untuk memupuk kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Penggunaan perkhidmatan awam seperti keretapi berkelajuan tinggi juga menjadi salah satu faktor yang digunakan untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di Singapura.
Selain itu , hasil perbincangan juga menunjukkan telah berlakunya beberapa isu atau masalah di Singapura. Hal ini menggalakkan usaha diplomatik secara berterusan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk kepentingan bersama. Secara tidak langsung , terdapat banyak faktor penarik dan penolak yang menyebabkan berlakunya migrasi ini termaksuklah faktor sosio-ekonomi , geografi , pembangunan dan sebagainya.
Melihat kaedah yang dilakukan oleh Negara Singapura bagi tujuan mengekalkan kemampanan sumber semulajadi dan ekonomi, dapat dirumuskan bahawa negara tersebut bergantung kepada negara lain untuk mengekalkan kemampanan. Sebagai contoh, negara tersebut memerlukan sumber manusia dari negara lain bagi memenuhi pasaran kerja dan masih mengimport sumber semulajadi seperti air dari negara jiran untuk menjamin bekalan sumber air bersih mereka mencukupi. "Ageing Challenge" dan keterbatasan sumber semulajadi seperti sungai menjadi cabaran buat negara itu. Cabaran ini juga boleh menjadi lebih sukar apabila Singapura berhadapan dengan situasi seperti yang berlaku kini iaitu pandemik COVID-19, penangguhan pergerakan migrasi yang sebelum ini menyokong sektor pekerjaan di Singapura, telah memberi impak kepada perkembangan ekonomi negara tersebut. Dalam masa yang sama, isu "ageing" juga menyukarkan untuk memenuhi permintaan dalam pekerjaan, dengan itu ekonomi menguncup seperti yang dilaporkan media tempatan.
Berdasarkan dasar yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa dasar yang digunakan sebahagiannya berjaya dan dapat mencapai matlamatnya seperti rebat yang diberikan dan segala kemudahan yang diberikan. Namun begitu, masih juga terdapat kekurangan dan kelompongan terhadap dasar-dasar tersebut yang memungkinkan untuk mencari alternatif lain untuk menanganinya. Oleh itu, dengan memperbaiki dasar-dasar yang kurang berhasil akan lebih menunjukkan hasil yang ingin dicapai. Secara tak langsung, masalah kependudukan dan kekurangan sumber juga dapat dtangani dan diatasi dengan sepenuhnya.