Pasukan perunding ini mempunyai 5 orang ahli yang berkemahiran dalam bidang kependudukan, pembangunan dan sumber. Pasukan kami dikenali sebagai International Skilled Development Team (ISDT). Pasukan kami pada hari kali ini akan menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan kependudukan dan implikasinya kepada pembangunan negara Singapura. E-portfolio ini akan kami jelas dan lampirkan tentang profil demografi negara dari aspek populasi, ekonomi dan kesihatan. Seterusnya, konsep keupayaan menampung dan juga Sustainable Development Goals (SDG) yang boleh digunakan untuk menjelaskan tentang tajuk berkaitan. Isu dan faktor yang terjadi negara itu turut diterangkan dan juga dasar yang diguna pakai serta implikasinya kepada negara kita.
PENGENALAN
Singapura adalah sebuah negara republik yang terletak di hujung selatan Semenanjung Melayu di asia tenggara yang mana pemerintahannya adalah berbentuk autoritarian. Singapura merupakan salah satu negara asean yang menjadi polopor industri yang maju. Singapura terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di sebelah utara manakala di selatan selat singapura ialah Kepuluan Riau Indonesia. Negara ini merupakan sebuah negara yang mempunyai keluasan bersaiz 728.3 km² yang mana majoriti penduduk Singapura ini terdiri daripada etnik tionghoa diikuti dengan melayu dan seterusnya india. Singapura merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang boleh dikatakan paling padat di dunia.Singapura terkenal sebagai sebuah negara maju iaitu memiliki salah satu ekonomi yang paling kompetitif di dunia. Bukan itu sahaja, Singapura juga adalah salah satu pusat ekonomi utama di asia tenggara dan juga ekonomi Singapura ialah ekonomi pasaran bebas yang boleh dikatakan sangat maju.
MATLAMAT
Matlamat kajian ini ialah, kumpulan (ISDT) berharap agar kami dapat mendapat lebih banyak ilmu dan pengetahuan yang lebih menarik tentang kependudukan dan juga pembangunan yang tentang Singapura. Hal ini demikian kerana, semakin kami meneliti dan menjalankan analisi data terhadap negara ini, kami yakin ianya secara tidak langsung membantu kami untuk lebih memahami mengenai topik kependudukan dan kaitannya kepada pembangunan. Bukan itu sahaja, dengan membuat kajian ini, lebih ramai orang dapat mengetahui tentang topik dan yakin ianya akan menarik minat mereka untuk terus belajar dan membandingkannya dengan negara-negara lain. Ianya jelas bahawa, dengan adanya rakan-rakan yang dapat mengakses e-portfolio ini mereka dapat menambah ilmu yang baharu. Seterusnya, matlamat akhir kajian ini ialah agar kami bukan sahaja dapat memahami topik ini secara dasar malah memahami segala isu-isu yang dihadapi oleh negara ini dengan lebih mendalam dan secara krtikal supaya dapat melihat kesan yang dihadapi oleh negara ini secara signifikan dalam pembangunan sesebuah negara. Sustainable development goals (SDG) juga akan dikaitkan dengan negara yang dipilih iaitu Singapura untuk menunjukkan isu yang dihadapi yang berkaitan dengan SDG. Tidak ketinggalan juga, dasar dan polisi yang komprehensif dapat diaplikasikan agar isu ini dapat diatasi dengan lebih berkesan.
OBJEKTIF
Mengetahui lebih jelas tentang latar belakang negara yang dikaji.
Menganalisis isu yang dihadapi oleh negara ini.
Membincangkan faktor dan kesan isu tersebut terhadap negara yang dikaji.