Singapura dan Malaysia telah menandatangani 4 perjanjian mengenai bekalan air dari seberang Tambak .
Perjanjian yang pertama ditandatangani pada tahun 1927 dan sekarang tidak lagi berkuatkuasa.
Air yang diimport dari Malaysia di bawah tiga perjanjian lain iaitu ditandatangani pada tahun 1961, 1962 dan 1990 dan ianya memenuhi kira-kira separuh daripada permintaan air Singapura.
Walau bagaimanapun, kuantiti ini dikurangkan setelah perjanjian 1961 berakhir pada bulan Ogos 2011.
Kerajaan juga telah menyatakan bahawa Singapura dapat berdikari dalam air pada masa perjanjian 1962 dan 1990 berakhir pada tahun 2061.
Sumber: Singapore Water Story: The Quest for Water Security [Berita Harian]
Sumber: Noh, M. F. (2020). Harian Metro. Retrieved 2021, from Hmetro.com.my:
DASAR PERANCANGAN KELUARGA
Dilancarkan pada tahun 1966 untuk mempromosikan perancang keluarga secara agresif setelah Singapura mengalami kekurangan makanan dan perumahan pasca perang.
Individu yang berstatus sosioekonomi yang rendah terutama wanita adalah menjadi sasaran dasar ini untuk mendorong penggunaan kontraseptif seperti kondom dan kawalan kehamilan.
Juga turut menganjurkan program keluarga kecil untuk mendorong keluarga dua anak dan mempromosikan pensterilan untuk kawalan penduduk.
Dasar ini mendorong pasangan untuk tidak mempunyai lebih dari dua orang anak.
Dasar ini dimulakan dengan Akta Pekerjaan, yang mana pekerja-pekerja wanita takkan menerima cuti bersalin untuk anak keempat
Pada awalnya program yang dilaksanakan oleh pemerintah iaitu "stop at two" sangat berjaya.
Namun setelah perlaksanaan, dasar ini mula menyebabkan penurunan populasi dan ia telah mempengaruhi struktur populasi secara negatif di Sinagpura.
Dasar ini pada akhirnya tidak berjaya dan pemerintah perlu membalikkan kadar kelahiran supaya menaik.
Dilancarkan pada tahun 1986.
Dasar ini bertujuan untuk merancakkan peningkatan kesuburan kerana pada tahun 1986 kadar kelahiran mencatatkan penurunan dan ini merupakan masalah yang serius ekoran dari dasar sebelumnya iaitu "stop at two".
Dasar ini menggalakkan keluarga supaya mempunyai keluarga yang lebih besar lebih dari tiga anak bagi pasangan yang sudah berkahwin dan yang mampu.
Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penduduk dan sementara itu tidak menggalakkan keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak.
Medisave telah dibernarkan untuk kos hospital anak ketiga yang mana sebelum ini dilarang di bawah dasar "stop at two".
Rebat ini mula diberikan pada tahun 1990.
Rebat sebanyak 20 k SGD kepada pasangan yang mempunyai anak ke-4.
Juga diberikan kepada ibu yang mempunyai anak kedua sebelum umur 28 tahun.
Rebat diberikan untuk menggalakkan keluarga mempunyai anak lebih dari 3 dan membina keluarga yang besar.
Sumber: Kanagaratnam, K. (1968). Singapore: The National Family Planning Program. Population Council, Vol. 1, No. 28.
Berdasarkan dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak pemerintahan Singapura, dapat dilihat bahawa usaha kerajaan dengan menetapkan kouta bilangan anak untuk setiap keluarga bagi mengawal kadar kemahiran dilihat mempunyai kelopongan dalam melaksanakan dasar ini. Hal ini demikian kerana ekoran dari dasar ini kadar kelahiran semakin menurun. Oleh itu, cadangannya adalah supaya pihak pemerintah lebih menggalakkan kadar kelahiran untuk membantu pembangunan negara. Dalam masa yang sama juga, perlu ada penambahbaikkan dari segi pengurusan kesihatan, dan pengurusan kapasiti kependudukan. Seperti yang diketahui bahawa Singapura tidak memiliki tanah yang luas untuk menampung jumlah bilangan penduduk yang semakin bertambah. Oleh itu, perlu ada pengurusan pembangunan kawasan perumahan yang menitikberatkan dari segi tanah supaya dapat dimanfaatkan dengan baik seperti membina rumah flat bertingkat dan sebagainya. Selain itu, Singapura juga mempunyai masalah kekurangan air bersih kerana negara ini dikelilingi oleh lautan dan sumber air bersih yang kurang untuk menampung perkembangan penduduk. Oleh itu, pihak terbabit perlu mendirikan lebih banyak kawasan tadahan air air bersih dan kilang peneuetralan air laut di dalam negara supaya dapat mengurangkan kebergantungan kepada air impot.