IMPLIKASI
IMPLIKASI
Stamford Raffles
Sejarah Perkembangan Kependudukan, Keterbatasan Sumber Dan Implikasi
Menurut salah sebuah artikel yang menceritakan tentang sejarah Singapura moden, kemajuan Singapura dikatakan bermula sejak British melalui Syarikat Hindia Timur (yang mempunyai niat untuk menjajah Singapura pada ketika itu) membina pelabuhan dan kilang di negara tersebut. Misi British ini berjaya apabila Sultan Singapura pada ketika menandatangani perjanjian bersifat sementara kononnya dengan British. British berpendapat Singapura boleh mengalami kepesatan seperti Melaka.
Pada mulanya juga British tidak mementingkan infrastruktur berbanding ekonomi. Penduduk Singapura pada masa itu tidak terlalu ramai dan isu air tidak menjadi permasalahan penduduk. Mereka mendapatkan bekalan air dari perigi dan mana-mana sumber semulajadi yang ada. Namun apabila populasi di Singapura kian subur bertambah, bekalan air menjadi isu kritikal, pada masa itu juga terjadi musibah kemarau yang teruk. Tan Kim Seng, sorang saudagar Cina yang kaya tawarkan $13,000 untuk bangunkan infrastruktur tali air pertama di Singapura dengan syarat air tu mesti diberi kepada masyarakat secara percuma. British kurang bersetuju pada mulanya namun akur apabila keadaan kian kritikal. Insfrastruktur seperti tempat tadahan air dibina, dan air pun dapat disalurkan ke kawasan penempatan penduduk.
British menjadi tamak. Mereka mengenakan cukai air kepada penduduk serta dicatu pula penggunaan sehingga 12jam penggunaan sahaja. Pusat tadahan air tidak banyak kerana British tidak mahu menanggung kos yang lebih tinggi. Faktor geografi Singapura yang dikelilingi laut membuat British terfikir untuk membeli sahaja air dari negara jiran iaitu Johor. British membuat perjanjian dengan Johor pada 1927.
Sehingga hari ini, setelah mengalami pelbagai insiden peperangan, kemudian merdeka dan mencapai kemajuan kini wujud pula populasi penduduk yang berusia tua dan memerlukan sumber manusia untuk menyokong penawaran tenaga kerja, pada masa sama Singapura tetap ada kekurangan sumber air bersih menyebabkan negara itu merangka dan melaksanakan beberapa program untuk mengekalkan kemampanan dari sumber tersebut.
https://www.visitsingapore.com/id_id/travel-guide-tips/about-singapore/
https://iluminasi.com/bm/bagaimana-singapura-jatuh-ke-tangan-british.html
https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_2014-05-16_133354.html
https://youtu.be/zADj0k0waFY
IMPLIKASI KETERBATASAN SUMBER SEMULAJADI
Melaksanakan program-program untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi:-
1) Kitar semula air yang digunakan
2) Mengimport bekalan air dari Malaysia
3) Menyimpan air hujan di kolam-kolam khas
4) Penyulingan air laut
IMPLIKASI
DEMOGRAFI DAN PENAWARAN SUMBER TENAGA MANUSIA
Menurut sebuah artikel dari agensi kerajaan negara Singapura pada tahun 2013, jumlah warga Singapura telah mencapai satu titik perubahan pada 2012, kerana kohort pertama yang dilahirkan selepas Perang Dunia Kedua, dari 1946 hingga1964, (Baby Boomers) telah mencapai usia 65 tahun. Singapura dijangka akan mengalami peralihan usia yang belum pernah berlaku antara tahun tersebut dengan 2030. Lebih 900,000 Baby Boomers, iaitu lebih daripada suku jumlah penduduk pada waktu itu, akan memasuki usia warga emas. Mulai 2020, jumlah warga yang bekerja akan berkurangan, kerana bilangan rakyat Singapura yang lebih tua yang akan bersara melebihi bilangan warga muda yang baru mula bekerja. Dengan kadar kelahiran di negara itu yang rendah pada ketika itu, penduduk warga Singapura akan menua dengan pesatnya, dan bilangannya juga akan mula berkurangan mulai 2025, jika mereka tidak mengambil sebarang pendatang baru.
https://www.strategygroup.gov.sg/images/PublicationImages/exec-summary-malay.pdf
Menurut laporan media arus perdana Malaysia pula, pada tahun 2019, penduduk singapura telah mencecah 5.7juta. pertambahan ini adalah kerana kelahiran di kalangan rakyat negara itu serta warga yang baru seterusnya di dorong lagi oleh peningkatan bukan penduduk termasuk pekerja asing yang mencecah 1.68 juta.
https://www.beritaharian.sg/setempat/jumlah-penduduk-singapura-mencecah-57-juta-lebih-22550-warga-baru
Pertumbuhan penduduk yang terdiri dari migrasi pekerja asing ini telah membantu melonjakkan ekonomi Negara tersebut, namun pandemik COVID-19 yang mula menjejaskan kebanyakan negara seluruh dunia turut memberi kesan kepada KDNK negara Singapura. Penangguhan kemasukan pekerja akibat langkah membendung penularan wabak menyebabkan ekonomi kian bergerak pelahan. Kebergantungan negara itu kepada perkhidmatan pekerja asing menyebabkan negara itu mengalami kelembabapan untuk memulih pasca pandemik.
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1825118
https://www.pmo.gov.sg/Newsroom/PM-Lee-Hsien-Loong-May-Day-Message-2020-Malay
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/kurangkan-jumlah-pekerja-asing-akan-jejas-daya-saing-s-pura/4453006.html