Latar Belakang Singapura
Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, iaitu di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ianya terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura juga merupakan pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang sangat memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa.Seterusnya, pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan yang dikatakan tersibuk dunia. Singapura merupakan negara yang kedua yang mempunyai penduduk yang paling padat di dunia iaitu terdiri dari kaum melayu, india dan juga cina. Negara ini juga tidak ketinggalan dalam mempunyai warga luar yang ramai berhijrah ke negara ini disebabkan oleh peluang pekerjaan dan juga taraf negara maju di Singapura.