PROFIL PASUKAN
PROFIL PASUKAN
Saya Maisarah Binti Kamarulzaman, Pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan major Sains Politik dan minor dalam Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. Saya telah mengambil bahagian dalam pasukan ini dan tugas saya adalah membuat laporan, abstrak, matlamat, latar belakang dan juga pengumpulan data serta profil negara yang dipilih. Saya juga bertanggungjawab dalam mengedit e-portfolio ini.
Saya Norsuhaila Binti Abdullah merupakan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) . Saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan bermajorkan Sains Politik dan berminorkan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. Saya telah mengambil bahagian dalam pasukan ini dan tugas saya adalah membuat bahagian dasar yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan.
Saya Ema Zaitul Sadiah Binti Shakari merupakan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) . Saya mengambil jurusan ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan bermajorkan Sains Politik dan berminorkan dalam Perancangan dan Pengurusan Pembangunan . Saya telah mengambil bahagian dalam pasukan ini dan tugas saya adalah membuat isu atau masalah yang berlaku dan faktor yang berkaitan isu yang dibincangkan.
Saya Nor Ani binti Md Hassan merupakan pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, (USM). Saya mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda di dalam jurusan Perancangan Pengurusan dan Pembangunan. Di dalam pasukan ini, saya bertanggungjawab untuk menerangkan mengenai konsep keupayaan menampung berdasarkan kepada 2 sumber data yang wajib dirujuk iaitu data worldbank Data-data ini digunakan untuk mencari analisis dari segi jumah penduduk, kepadatan penduduk, majoriti umur penduduk di Singapura dan lain-lain untuk mengaitkan konsep keampungan dan kesan terhadap sumber alam. Selain itu saya juga ditugaskan untuk menerangkan perkaitan antara pembangunan lestari yang sesuai yang boleh dikaitkan dengan pembangunan di Singapura. Kajian ini memilih 3 SDG daripada 17 SDG yang ada bagi mengaitkan konsep kependudukan, pembangunan dan implikasi di Singapura.
Saya Wan Mohd Fazeli Bin Wan Mohamed Noor merupakan pelajar tahun tiga Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, (USM). Saya mengambil Ijazah Sarjana Muda di dalam jurusan Sains Kemasyarakatan bermajorkan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan dan berminorkan Psikologi. Di dalam pasukan ini, saya bertanggungjawab untuk menerangkan implikasi yang berlaku dalam isu berkaitan di negara yang dikaji.