sejarah penempatan kem

Pada 1 Mac 1980, Rejimen 501 Askar Wataniah telah disusun semula dari segi penempatan disebabkan penubuhan Rejimen 510 Askar Wataniah yang dipertanggungjawabkan di utara Negeri Johor. Penyusunan semula kawasan tanggungjawab adalah seperti berikut:

Kem majidee, johor bahru

Markas Rejimen

Batalion Pertama

no 40, jalan hospital, kluang

Batalion Kedua

kem kota tinggi

Batalion Ketiga

Pada 12 Jun 1993, perubahan semula dari segi penempatan dilakukan disebabkan Rejimen 510 Askar Wataniah telah dipindahkan ke Sibu, Sarawak. Kawasan tanggungjawab yang dikosongkan oleh Rejimen 510 Askar Wataniah telah di ambil alih semula sepenuhnya oleh Rejimen 501 Askar Wataniah untuk seluruh Negeri Johor. Markas Rejimen 501 askar Wataniah telah dipindahkan ke Kem Tebrau selepas kem tersebut di kosongkan oleh Batalion ke 26 Rejimen Askar Melayu Diraja. Penempatan Markas Rejimen dan Batalion seperti berikut:

Kem majidee, johor bahru

Markas Rejimen

Batalion Pertama

no 10, jalan jonid, muar

Batalion Kedua

no 40, jalan hospital, kluang

Batalion Ketiga