REJIMENTAL

JOHOR BAHRU- 12 JAN 22

Serah menyerah Pegawai Gaji Rejimen 501 Askar Wataniah antara Kapt Nabilah binti Abdullah dengan Kapt Nur Diyana binti Che Omar disaksikan oleh Timbalan Komander Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam. Semoga Kapt Nabilah terus maju di tempat baru.

JOHOR BAHRU- 5 FEB 22

Pembukaan Latihan Rejimen 501 Askar Wataniah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Kolonel (KEHORMAT) Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW)

JOHOR BAHRU- 31 MAC 22

Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun Pasukan. Seramai 7 Peg dan 40 LLP telah menjayakan program tersebut.

JOHOR BAHRU- 1 MAC 22

Menonton Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Secara atas talian telah disempurakan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 AW. Acara tersebut telah dihadiri oleh 10 Peg dan 70 LLP.

JOHOR BAHRU - 4 Apr 22

Sambutan Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Rej 501 AW telah disempurnakan oleh Timb Komdr. Majlis ini juga melibatkan ahli BAKAT pasukan.

JOHOR BAHRU - 10 Mac 22

TAHLIL DAN DOA SEMPENA MENYAMBUT ISYRA DAN MIHRAJ

JOHOR BAHRU - 8 Apr 22

Mesyuarat Kebajikan Pasukan siri 1/22 Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Sijil AKC tahun 2020 telah diadakan di Anjung Maharani dan telah dipengerusikan oleh Timb Komdr. Acara tesebut telah dihadiri oleh 11 Peg dan 70 LLP.

JOHOR BAHRU- 26 APR 22

Perutusan Aidilfitri oleh Panglima Medan Barat (PMBTD) Secara Atas Talian peringkat pasukan yang telah dihadiri oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah. Dalam ucapan beliau PMBTD telah menyampaikan hasrat agar semua warga Medan Barat sentiasa berhati-hati semasa cuti hari raya dan memastikan kem-kem tentera terus terjaga.

JOHOR BAHRU- 27 APR 22

Perjumpaan Timbalan komander bersama anggota dan pemeriksaan kenderaan semasa cuti Raya Aidilfitri. Pasukan telah melaksanakan program bersama seluruh warga rejimen bertempat di padang kawad rejimen, dalam perjumpaan tersebut Timbalan Komander telah menyampaikan amanatnya kepada seluruh warga rejimen agar sentiasa berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini. Beliau juga mengingatkan agar warga rejimen mematuhi SOP yang terkini yang dikeluarkan oleh pihak atasan.


Anggota REJ 501 AW Tamat Perkhidmatan Tahun 2022.

Anggota Rej 501 AW yang telah dinaikkan Pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat dapat meningkatkan mutu kerja.