BAKAT

BADAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA

JOHOR BAHRU - 6 Jan 21

Serah menyerah Pengerusi BAKAT Rej 501 AW antara Puan Zurina binti Abu Amin dengan Puan Ir. Norzahamawatty binti Md Desa.



JOHOR BAHRU - 19 Feb 21

Ceramah Daurah Haid yang telah dianjurkan oleh pasukan telah dihadiri oleh ahli BAKAT pasukan dan anggota pranita rej ini.


JOHOR BAHRU - 13 Mac 21

Lawatan Kebajikan oleh Pengerusi BAKAT ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Sekitar Johor Bahru.


JOHOR : Pengerusi, Puan Ir. Norzahamawatty binti Md Desa dan seramai 15 orang ahli BAKAT Rejimen 501 Askar Wataniah telah menghadiri kelas demo masakan secara google meet pada 25 Sep 2021. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli BAKAT serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ahli BAKAT untuk menambah pendapatan keluarga. Turut sama hadir beberapa ahli BAKAT sukarela.

JOHOR: Seramai 13 orang Pengerusi BAKAT Pasukan dan 31 Ahli BAKAT di bawah naugan 7 Bgd telah menyertai Pertandingan Bowling Peringkat 7 Bgd yang diadakan di Pelangi Leisure’s Mall, Johor Bahru pada 11 Disember 2021.

Pertandingan dimulakan dengan balingan bowling oleh Pengerusi BAKAT 7 Bgd, Puan Zalifah binti Ali. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam diri ahli BAKAT, memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan serta menerapkan kepada ahli-ahli BAKAT supaya mengamalkan aktiviti fizikal dan gaya hidup yang sihat.

Pertandingan diakhiri dengan penyampaian hadiah serta ucapan daripada Pengerusi BAKAT 7 Bgd.

PROGRAM GEROBOK REZEKI BAKAT REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

JOHOR: Seramai tiga pegawai, lima anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 12 ahli Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen 501 Askar Wataniah (Rej 501 AW) terlibat dalam penyerahan sumbangan Aidilfitri bertempat di Balai Pengawal Rej 501 AW, Kem Tebrau pada 6 Mei 21.

Program cetusan idea Timbalan Komander Rej 501 AW, Lt Kol Mohd Fauzi Adam dan Pengerusi BAKAT Rej 501 AW, Puan Ir Norzahamawatty Md Desa ini telah dilaksanakan bermula dari awal Ramadan.

Program ini bertujuan untuk membantu anggota dan ahli BAKAT Rej 501 AW yang kurang berkemampuan dan terjejas pendapatan isi rumah disebabkan Pandemik COVID-19.

Pelaksanaan program ini selaras dengan Tonggak Ke - 3 Panglima Tentera Darat Ke - 28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

- Markas Rejimen 501 Askar Wataniah.