REJIMENTAL

JOHOR: Seramai 31 Pegawai dan 93 Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Latihan Kem Tahunan Rejimen 501 Askar Wataniah bertempat di Lapang Sasar Bumi ke Udara Tanjong Logok, Sedili Kecil pada 17 Okt 2021.

Majlis dimulai dengan ucapan perasmian oleh Komander Rej 501 AW, Kol Hj Rosli Hj Abdul Rahman. Dalam ucapannya, beliau amat menitikberatkan mengenai objektif latihan AW iaitu memperkukuhkan ilmu pengetahuan dan latihan yang berkualiti kepada semua pegawai dan anggota sukarela agar mencapai tahap kepakaran sama seperti anggota tetap demi memperkasakan keupayaan dan kemampuan serta bersiap sedia sebilang masa.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

JOHOR: Seramai 90 Pegawai serta pasangan terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Dine-In Panglima, Brigedier Jeneral Mohamad Suria bin Mohamad Saad ke 7 Bgd. Majlis diadakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru pada 12 Disember 2021.

Majlis Makan Malam Rejimental merupakan salah satu aktiviti rejimental yang mengeratkan silaturrahim antara para pegawai dan ahli BAKAT. Selain itu, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pegawai tentang kepentingan aktiviti ketenteraan dalam memupuk disiplin.

JOHOR: Seramai 90 Pegawai serta pasangan terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Dine-In Panglima, Brigedier Jeneral Mohamad Suria bin Mohamad Saad ke 7 Bgd. Majlis diadakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru pada 12 Disember 2021.

Majlis Makan Malam Rejimental merupakan salah satu aktiviti rejimental yang mengeratkan silaturrahim antara para pegawai dan ahli BAKAT. Selain itu, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pegawai tentang kepentingan aktiviti ketenteraan dalam memupuk disiplin.

Batu Pahat - 1 Mei 2021 Program Ziarah Kasih Ramadan yang menjadi aktiviti tahunan Kompeni Bravo Kem Batu Pahat setiap kali bulan Ramadan


Program ini bertujuan untuk menziarah dan meringankan beban keluarga anggota serta masyarakat sekitar yang tidak berkemampuan.

Selain itu,ianya juga dapat memupuk dan membina semangat berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai,anggota kem Batu Pahat dan juga penduduk setempat.

Penyerahan sumbangan di salurkan terus kepada keluarga anggota dan masyarakat sekitar yang terlibat.

Program ini juga di laksanakan mengikut norma baharu Prosedur Operasi Standard (SOP) penularan wabak COVID-19 yang telah di tetapkan.

Jutaan terima kasih buat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Seri Bengkal,Klinik Desa Parit Yop Seri Bengkal,jurulatih,pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Ziarah Kasih Ramadhan pada tahun ini.

Berkhidmat Untuk Negara

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-88

KLUANG: Seramai 20 orang Pegawai dan anggota LLP Batalion ke-3 Rejimen 501 Askar Wataniah terlibat dengan Program Derma Darah sempena Hari Tentera Darat ke-88 Peringkat 7 Bgd bertempat di Dewan Mahkota pada 6 Ogos 2021 .

Program dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara pengendalian aktiviti derma darah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di samping memupuk nilai murni dalam diri penderma darah dan rasa tanggungjawab sosial buat masyarakat , ini juga bertujuan untuk membantu menampung keperluan bekalan darah di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Program ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam di mana ianya dapat membantu pihak agensi kerajaan iaitu KKM dalam usaha meningkatkan kuantiti bekalan darah.

Berkhidmat Untuk Negara


JOHOR: Mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat (YB) Liew Chin Tong prihatin terhadap penglibatan Rej 501 AW dalam OP PENAWAR dengan menyumbangkan sebanyak 50 liter cecair disinfeksi bagi membantu penugasan anggota barisan hadapan Rej 501 AW bagi memerangi penularan COVID-19.

Sumbangan ini disalurkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, YB Liow Cai Tung, yang sudi untuk menghantar sendiri sumbangan tersebut ke Rej 501 AW, Kem Tebrau pada 5 Jul 21.

Seluruh warga Rej 501 AW merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Liew Chin Tong dan YB Liow Cai Tung di atas sumbangan cecair disinfeksi tersebut dan diharap kolaborasi sebegini diterus pada masa akan datang.

Perkara ini bertepatan dengan Tonggak 3 Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

-Markas Rejimen 501 Askar Wataniah


Tahniah di ucapkan kepada Kpl Ashraf dari Rejimen 501 Askar Wataniah yang telah berjaya menyandang Penuntut Kawad Terbaik di dalam Kursus Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) (S) Siri 1/2021 di PUSWATAN.


PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH (AW)

JOHOR: Seramai 13 pegawai dan 100 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Pemeriksaan Tadbir Tahunan Rej 501 AW yang berlangsung di Kem Tebrau, Johor Bahru pada 15 Mac 21.

Pemeriksaan Tadbir Tahunan Rej 501 AW yang disempurnakan oleh Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Bgd), Brigedier Jeneral Mohamed Fauzi bin Kamis, bermula dengan Pemeriksaan Kawalan Suku di Balai Pengawal Rej 501 AW dan seterusnya Pemeriksaan Perbarisan Rejimen yang diketuai oleh Timbalan Komander Rej 501 AW, Leftenan Kolonel Mohd Fauzi bin Adam.

Acara disusuli dengan sesi taklimat yang menumpukan kepada perkara tadbir, latihan dan logistik Rejimen oleh Timb Komdr Rej kepada Panglima 7 Bgd sebelum Pemeriksaan Buku Lejar Perkhidmatan dan Pemeriksaan _Kit Layout_ di Bilik Bujang dan Dewan Serbaguna Rejimen.

Pemeriksaan Tadbir Tahunan diteruskan dengan perlaksanaan Ujian Kecergasan Asas (UKA) dan Sesi Perjumpaan Panglima 7 Bgd bersama warga Rej 501 AW. Panglima telah menasihati setiap pegawai dan anggota Rejimen agar melaksanakan tugas mengikut portfolio masing-masing dengan jujur dan ikhlas demi menjaga nama baik pasukan dan Tentera Darat. Beliau turut mengingatkan supaya warga Rej 501 AW terus mempertingkatkan kompentensi sebagai askar laskar yang terlatih.

Pemeriksaan ini diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan penyampaian cenderahati kepada Panglima 7 Bgd.

Pelaksanaan Tadbir Tahunan ini selaras dengan Tanggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu keutuhan organisasi yang menekankan pemantapan Sistem Tadbir Urus.

- Markas Rejimen 501 Askar Wataniah.

REJ 501 AW TINGKAT KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN

JOHOR: Seramai sembilan pegawai dan 26 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Ceramah Program Pendidikan Siri 1/2021 Rejimen 501 Askar Wataniah (Rej 501 AW) disempurnakan oleh Ketua Cawangan Latih Rej 501 AW, Lt Kol Ahmad Seberi bin Mohamad Ali di Kelab Petanda Rej 501 AW pada 5 Mac 2021.

Objektif utama ceramah ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan warga Rej 501 AW mengenai pelbagai program atau aktiviti pendidikan yang ditawarkan kepada warga ATM termasuk ahli keluarga sebagai suatu inisiatif bagi membantu meningkatkan prestasi akademik mereka.

Sehubungan dengan itu, Ceramah Program Pendidikan ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pegawai Staf 2 Pendidikan, Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (Mk 7 Bgd), Lt Azuraanisah binti Jamid.

Ceramah diakhiri dengan sesi panduan penyampaian cenderahati kepada penceramah sebagai token penghargaan dari seluruh warga Rej 501 AW.

- Markas Rejimen 501 Askar Wataniah

LAWATAN PANGLIMA 3 DIV KE KAWASAN SJR JOHOR BAHRU.

LAWATAN MENHAN KE JOHOR BAHRU BAGI PROGRAM VAKSINASI PANDU LALU.

LAWATAN TIMBALAN KOMANDER REJ 501 MELAWAT KAWASAN SJR KTJ REJ 501 AW.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT BAGI ANGGOTA

MAJLIS SERAH MENYERAH TUGAS PEGAWAI REKOD PASUKAN SERTA MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DARI LT KE KAPT

PEMERIKSAAN TIMBALAN KOMANDER BAGI PERSIAPAN PASUKAN UNTUK MENGHADAPI PEMERIKSAAN AKPAT TAHUN 2021

RANKON PASUKAN

SUMBANGAN SYARIKAT SWASTA DAN PEWAGAI SUKARELA KEPADA PASUKAN