REJIMENTAL

REJIMENTAL (SPR)

Perbarisan Ulung Komander dan Pembukaan Latihan Askar Wataniah Tahun 2020 Rejimen 501 Askar Wataniah

TEBRAU : Seramai 31 Pegawai dan 282 Anggota Lain-Lain Pangkat sukarela telah terlibat dalam Perbarisan Ulung Komander dan Pembukaan Latihan Askar Wataniah Tahun 2020 bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 18 Jan 2020. Acara perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Komander Kolonel Haji Rosli bin Abdul Rahman dan diteruskan dengan acara perbarisan berjalan lalu dalam masa cepat jalan. Turut disertakan semasa perbarisan adalah acara Pemakaian Pangkat dari Pbt ke LKpl melibatkan seramai 25 Anggota Lain-lain Pangkat Sukarela yang disempurnakan oleh Komander. Dalam ucapan Komander, beliau menyeru seluruh warga rejimen agar bersama-sama berazam menjadikan Rejimen 501 AW sebuah Rejimen yang kredibel dan bersedia untuk diaturgerak apabila berlaku sebarang konflik. Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Beliau telah mengariskan 5 Kompenan iaitu Pertama berpegang teguh kepada agama, Kedua menyerlahkan potensi diri, Ketiga mempelbagaikan pendekatan latihan, Keempat komited serta bersedia diaturgerakkan dan Kelima semarakkan semangat berpasukan. Perbarisan ini adalah penanda bermula latihan Askar Wataniah tahun 2020 yang dipandu dengan halatuju latihan berfokus dalam memperkasakan latihan Askar Wataniah mengikut direktif pucuk pimpinan tertinggi TD setanding dengan angkatan tetap

Berkhidmat Untuk Negara

Berjuang Terus Maju