Bendera dan lambang Askar Wataniah

Melambangkan semangat perjuangan, kegagahan, keperwiraan dan etika yang tinggi

Melambangkan kemakmuran tanah air

Melambangkan negara yang mengamalkan dasar Raja Berperlembagaan

Pecahan Bintang

Melambangkan 14 buah negeri di Malaysia

Bulan dan Bintang

Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia

Keris dan Parang

Kepahlawanan dan keperwiraan sentiasa disanjung demi agama, bangsa dan negara

Bunga Padi

Perpaduan, keharmonian dan kerjasama dalam kalangan semua perkhidmatan ATM

Tulisan Jawi

Berkhidmat Untuk Negara

Bentuk. Lakaran dan Warna

Bentuk lambang adalah berbentuk perisai dan warna yang digunakan adalah warna emas. Latar belakang di tengah-tengah lambang adalah kosong.

Cogan Kata

"Berkhidmat Untuk Negara"

Merupakan aspirasi dan keprihatinan anggota Askar Wataniah yang bersedia berkhidmat apabila diperlukan.

Sentiasa rela berkorban masa dan tenaga demi kepentingan tanah air yang tercinta terutamanya semasa negara memerlukan khidmat mereka.