PORTAL RASMI

REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

Ditubuhkan pada 

7 februari 1980

Rejimen 501 Askar Wataniah telah ditubuhkan pada 7 Februari 1980 mengikut kuasa penubuhan KP/TD/RANCANGAN/4668 bertarikh pada 8 Mac 1979 bagi mengambil alih peranan Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) Johor yang telah dibubarkan.

Berita dan Aktiviti Terkini Kami

Rejimental

Latihan Tempatan

Latihan Kem Tahunan

Program BAKAT

Lawatan Pemangku AP PS


ke Rej 501 AW

Johor,  26 Mei 22- Lawatan Kerja ke Reimen 501 Askar Wataniah oleh Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan bersama Pegawai Staf 1 Tadbir dan Latih Bahagian Pasukan Simpanan telah diadakan pada 26 Mei 2022. Aturcara ini diselitkan dengan Taklimat G,A dan Q oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah. 

Perasmian Galeri Wartan Rejiman 501 Askar Wataniah

Johor, 5 Feb 22 - Yang Berhormat Kolonel (KEHORMAT) Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Johor telah merasmikan Galeri Wartan Rej 501 AW bertempat di Kem Tebrau.

MESYUARAT JAWATANKUASA DAERAH MUAR

Muar, 3 Jul 22 - Mesyuarat Jawatankuasa Pertumbuhan Tetap dan Bidang Teras Ekonomi Daerah Muar yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa kamal bin haji Shamsudin selaku Pegawai Daerah Muar, dalam Majlis tersebut Mej Norman Tay bin Hj Abidin selaku Pen Peg Mem Batalion kedua telah menerima wang RM 5,000.00, bagi memacu promosi pengambilan Askar Wataniah di Daerah Muar.

TAKLIMAT PENGAMBILAN ASKAR WAATANIAH KEPADA PENJAWAT AWAM NEGERI JOHOR

Iskandar Puteri, 6 Jul 22 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyertaan Latihan Asas Perajurit Muda (APMS) dan Latihan Tempatan kepada Wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh Dato' Haji 'On bin Jabbar@ Ja'afar  selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Sukan Belia dan Sukarelawan. Di dalam mesyuarat tersebut Lt Kol Ahmad Seberi bin Mohammad Ali yang mewakili Timbalan Komander Rej 501 AW telah membincangkan halatuju dan konsep Latihan yang akan dilaksanakan kepada semua penjawat awam Negeri Johor. Semoga dengan usaha ini akan menggalakkan pemuda dan pemudi Tempatan bagi menyertai Askar Wataniah Negeri Johor.

SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN TADBIR REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

Tebrau: 13 Jul 22, Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Tadbir Rejimen 501 Askar Wataniah diantara Mej Hisham bin Saip dengan Mej Ardi bin Mat Zain, serah terima tugas telah disaksikan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

Mej Hisham bin Saip telah bertukar ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan menjawat jawatan sebagai Ketua Cawangan Pertunjukan. Seluruh Warga Rejimen mengucapkan terima kasih di atas jasa bakti beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Cawangan Tadbir, semoga Mej Hisham bin Saip terus maju jaya di pasukan baharu.

TAKLIMAT DAN PEMGAMBILAN ASKAR WATANIAH KEPADA PENGUATKUASA NEGERI JOHOR

ISKANDAR PUTERI, 7 Ogos 22 - Rej 501 AW telah mengadakan sesi taklimat dan pengambilan kepada Penguatkuasa Negeri Johor yang telah dijalankan di Iskandar Puteri. Taklimat telah disampaikan oleh Lt Kol Ahmad Seberi bin Mohamad Ali, turut hadir dalam taklimat tersebut adalah Yang Berhormat Mej (K) Dato' Haji Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandaraya Majlis Iskandar Puteri selaku Ahli Turut Hadir JAKPAW Negeri Johor. 

Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 372 anggota Penguatkuasa Negeri Johor. Semoga dengan taklimat dan pengambilan ini dapat mengeratkan hubungan antara Tentera dan Penguatkuasa Negeri Johor, sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TDM dengan Awam

PERBARISAN TIMBALAN KOMANDER SIRI 2/22 DAN MESYUARAT KEBAJIKAN 3/22

Johor Bahru : 13 Dis 22, Perbarisan Timbalan Komander Rej 501 AW  Siri 2/2022 dan Mesyuarat Kebajikan Siri 3/22 telah dilaksanakan pada 13 Disember 2022 bertempat di Kem Tebrau, Johor Bahru. Acara dimulai dengan pemeriksaan perbarisan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam, Timbalan Komander Rej 501 AW.

Turut diadakan adalah pemakaian pangkat 1 anggota LLP dan penyampaian sijil Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC). Timbalan Komander dalam ucapannya telah memberikan beberapa penekanan kepada pegawai dan anggota antaranya mengenai aspek kerjaya dan pelaksanaan tugas di pasukan. Anggota turut diingatkan agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi sebagai seorang anggota tentera.

Pelaksanaan perbarisan ini adalah sejajar dengan usaha memperkasakan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.


SERAH TERIMA TUGAS PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH BATALION KEDUA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

Muar: 30 Nov 22, Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah diantara Mej Norman Tay bin Hj Abidin dengan Mej Megat Anuar bin Megat Ahmad, serah terima tugas telah disaksikan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

Mej Norman Tay bin Hj Abidin akan Mengikuti Misi _United Nations For The Referendum in Western Sahara_ (MINURSO) sebagai Pegawai Pemerhati Tentera (PPT) selama 1 Tahun. Seluruh Warga Rejimen mengucapkan terima kasih di atas jasa bakti beliau sepanjang menjawat jawatan Penolong Pegawai Memerintah, semoga Mej Norman Tay bin Hj Abidin terus maju jaya di dalam Karier beliau.

UJIAN KECERGASAN ASAS (UKA) PERDANA PENGGAL PERTAMA 7 BGD

Johor: 10 Jan 23, semua pasukan di bawah 7 Bgd telah melaksanakan UKA Perdana Penggal Pertama 7 Bgd secara  serentak.

Bagi Rej 501 AW, Kem Tebrau yang telah dianjurkan oleh 7 Komp KPD, manakala Batalion Kedua telah melaksanakan UKA di 10 RAMD, Kem Majidee Batu Pahat dan Batalion Ketiga di MSS Kluang, Kem Mahkota. Seramai 12 x Peg dan 59 Lain-lain Pangkat (LLP) telah melaksanakan UKA. 

Ujian ini penting bagimengenalpasti kemampuan fizikal Peg dan LLP sentiasa dalam keadaan cergas dan boleh diaturgerak sebilang masa

#wataniahjohor

#rejimen501askarwataniah

#jommasukwataniah

#pasukansimpanantenteradarat


ANGGOTA REJ 501 YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN DAN BERTUKAR

Johor Bahru : 3 Jan 23, Seramai 7 x anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan perkhidmatan 21 Tahun dan 1 x anggota LLP telah bertukar keluar. Anggota LLP telah ditemuduga oleh Timbalan Komander Rej 501 AW dan menasihatkan agar anggota yang telah menamatkan perkhidmatan perlu membuat perancangan kewangan dengan betul, hal ini kerana peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada zaman ini. Selain itu, Timbalan Komander mengingatkan agar anggota sentiasa menjaga kesihatan dengan baik. Bagi anggota yang bertukar keluar Timbalan Komander telah memberikan nasihat antaranya mengenai aspek kerjaya dan pelaksanaan tugas di pasukan baru. Anggota turut diingatkan agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi sebagai seorang anggota tentera dan sentiasa menjaga nama baik pasukan

LATIHAN TEMPATAN PERTAMA TAHUN 2023  BATALION KEDUA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH 

MUAR, 14 Jan 23 - Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah telah melaksanakan Latihan Tempatan yang pertama bagi tahun 2023 bertempat di Kem Muar, Kem Batu Pahat dan Kem Pontian pada 13 dan 14 Jan 23.

Latihan Tempatan yang dilaksanakan berpandukan Rancangan Pengurusan Latihan dan Silibus Latihan yang telah dirangka bagi meningkatkan kecekapan Pegawai dan Anggota LLP Askar Wataniah.

Dalam tempoh latihan tersebut anggota di dedahkan dengan ulangkaji pelajaran kawad kaki dan kelas syarahan manakala pegawai diuji pengetahuan mereka terhadap subjek IMAP.

Perlaksanaan latihan tempatan ini sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.

LATIHAN TEMPATAN BATALION KETIGA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH TAHUN 2023 

KLUANG : Batalion Ketiga Rejimen 501 Askar Wataniah telah menganjurkan Latihan Tempatan yang memberi pendedahan dan ulang kaji kepada pelajaran kawad kaki dan Military Apprection Process (MAP) bertempat di Kem Kluang.

Latihan ini telah dilaksanakan pada 13 dan 14 Jan 2023.

Objektif latihan ini adalah untuk memantapkan ilmu serta keyakinan pegawai dan anggota sukarela sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” yang mana melalui latihan yang berterusan dapat mengukuhkan kompetensi setiap anggota dan pegawai.

MESYUARAT TIMBALAN KOMANDER REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH SIRI 1/2023 

Johor Bahru: 18 Jan 2023, Mesyuarat Timbalan Komander Rej 501 AW Siri 1/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Rej 501 AW. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam dan dihadiri semua Penolong Pegawai Memerintah Batalion dan semua Ketua Cawangan.

Mesyuarat ini telah membincangkan perkara Gerakan, Latihan, Pentadbiran dan Logistik (G, A, Q)  berpandukan perancangan yang akan dirancang  dan penambahbaikan pada tahun 2023.

Mesyuarat yang diadakan sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28 ‘ Memperkasakan Keutuhan Organisasi’

PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI MEMERINTAH BATALION KEDUA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH 

KUALA LUMPUR, 17 Jan 23 - Seorang Pegawai Sukarela Rejimen 501 Askar Wataniah dinaikan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zin di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 17 Jan 23.

Pegawai yang dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol ialah Lt Kol Han Kwee Leng dan menjawat jawatan Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rej 501 Askar Wataniah. Beliau merupakan Pegawai Memerintah yang Ke-5 semenjak penubuhan Batalion Kedua serta pegawai wanita pertama yang menyandang jawatan berkenaan.

Pemakaian pangkat tersebut merupakan pengiktirafan pucuk pimpinan TD terhadap peningkatan kerjaya Pegawai Sukarela Askar Wataniah khususnya di Rejimen 501 Askar Wataniah.

Perlaksanaan majlis seperti ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memberi fokus kepada pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANGGOTA SUKARELA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH KE PUSAT LATIHAN TEMPUR TENTERA DARAT ( PULADA) 

JOHOR: Satu siri Lawatan Sambil Belajar Anggota Sukarela Rej 501 (AW) ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) telah dilaksanakan pada 21 Jan 23. Lawatan yang dianjurkan oleh Batalion Pertama  Rej 501 (AW) ini dirangka bagi memenuhi objektif  menarik minat lebih ramai Anggota Sukarela menghadiri Latihan Tempatan. Seramai 32 Pegawai dan 83 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk dari Batalion Kedua dan Batalion Ketiga telah menyertai lawatan tersebut.

Pada lawatan kali ini  pegawai dan anggota yang hadir didedahkan mengenai organisasi PULADA sebagai pusat latihan kepada Pegawai dan Anggota Infantri, fungsi serta peranan PULADA dan diakhiri dengan lawatan ke beberapa cawangan yang terdapat di dalam  PULADA iaitu Cawangan Serigala, Muzium serta Galeri PULADA dan Perkampungan Ikhtiar Hidup.

Program lawatan ini sangat bertepatan dengan Objektif Pelan Strategik Hala Tuju AW 2022-2030 iaitu Meningkatkan Keaktifan Peg dan Anggota AW dan Meningkatkan Kompetensi Peg dan Anggota AW.

Selain itu, lawatan ini dapat meningkatkan hubungan erat kerjasama dua hala sediada di antara Rejimen  501 Askar Wataniah dan PULADA bagi penggunaan kemudahan fasiliti serta pelaksanaan latihan Anggota Sukarela.

Lawatan ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke 28  iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi

 PEMBUKAAN LATIHAN ASKAR WATANIAH REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

Johor Bahru, 4 Feb 23 - Perbarisan Pembukaan Latihan Askar Wataniah Rejimen 501 Askar Wataniah yang berkekuatan seramai 35 Pegawai dan 150 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP)  telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 7 Briged.

Dalam Perbarisan ini turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat  Anggota LLP Tetap dan Sukarela, serta Penyampaian Sijil Kecemerlangan bagi Peg dan Anggota LLP Sukarela yang telah menghadiri Kursus Kerjaya dengan jayanya samada di Pusat Latihan Askar Wataniah ( PUSWATAN) atau di pasukan.

Selain itu, Majlis Perasmian Sirkit Merentas Halangan yang baharu siap dibina di dalam  Kem Tebrau turut diadakan. Majlis diteruskan lagi dengan Jamuan Sempena Pembukaan Latihan Askar Wataniah.

Acara Perasmian Latihan Askar Wataniah ini telah dilaksanakan sejajar dengan hasrat serta Direktif Panglima 7 Briged seiring dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke- 28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam yang melibatkan pengiktirafan serta keyakinan rakyat melalui peningkatan kerjasama  dengan agensi kerajaan dan awam


PENUTUP KURSUS KADAR BAKAL PTT RENDAH (SUKARELA) REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH SIRI 1/2023

Johor Bahru, 4 Feb 23 - Penutup Kursus Kadar PTT Rendah (Sukarela) Rej 501 AW berkekuatan 21 x penuntut kursus telah diadakan bertempat di Dewan Anjung Maharani,  Kem Tebrau yang telah disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam, Timbalan Komander Rej 501 (AW). Turut hadir Ketua Cawangan Latih serta Penolong- Penolong Pegawai Memerintah Batalion.

Majlis dimulai dengan penyampaian Sijil Kecemerlangan kepada 6289089 Pbt Muhammad Hafizi bin Abdul Basar penerima Anugerah Keseluruhan Terbaik

Kursus KADAR, 6289604 Pbt Mohamad Aneeq Afzal bin Mohd penerima Anugerah Kawad Terbaik

Kursus KADAR dan 6273354 Pbt Ku Mohamad Dahamin bin Ku Shamsuddin penerima

Anugerah Akademik Terbaik

Kursus KADAR.

Timbalan Komander mengucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

Perlaksanaan kursus ini sejajar dengan

Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke -28 iaitu " Memperkasa Keutuhan Organisasi".


PEMBUKAAN KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA SIRI 1/2023 REJ 501 ASKAR WATANIAH

Pagoh : 10 Feb 23 - Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Siri 1/2023 Rejimen 501 Askar Wataniah yang telah dirasmikan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah bertempat di Universiti Tun Huasein Onn Malaysia (UTHM)

turut dihadiri Prof IR Dr Mohd Kamarulzaki bin Mustafa selaku penyelaras Askar Wataniah  UTHM dan En Mohamad Afifi bin Ismail, Penyelaras Askar Wataniah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), dan semua Penolong Pegawai Memerintah Batalion-batalion.

Kursus APMS ini telah bermula dari 5 Feb hingga 6 Mac 23 selama 1 bulan, yang berkekuatan seramai 82 penuntut.

Timbalan komander mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penuntut kursus kerana memberi komitmen bagi menghadiri kursus APMS ini.

Beberapa perkara akan diterapkan semasa kursus ini berlangsung antaranya seperti berikut:

Pertama anggota akan diterapkan kefahaman asas dalam aspek ketenteraan sebagai anggota tentera.

Kedua memupuk semangat setiakawan dan patriotisma.

Ketiga mempertingkakan ketahanan fizikal dan mental, membina keyakinan diri dan mematuhi disiplin tentera.

Keempat mewujudkan anggota tentera yang berkarisma dalam setiap bidang tugas yang akan dipertanggungjawab di pasukan kelak.

Akhir kata Timbalan Komander mengucapkan terima kasih kepada Prof IR Dr Mohd Kamarulzaki bin Mustafa atas kesudian menghadiri upacara ini serta pihak UTHM cawangan Pagoh selaku tuan rumah bagi kursus APMS siri 1/2023

PENUTUP KURSUS KADAR BAKAL PTT RENDAH (SUKARELA) REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH SIRI 1/2023

Johor Bahru, 4 Feb 23 - Penutup Kursus Kadar PTT Rendah (Sukarela) Rej 501 AW berkekuatan 21 x penuntut kursus telah diadakan bertempat di Dewan Anjung Maharani,  Kem Tebrau yang telah disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam, Timbalan Komander Rej 501 (AW). Turut hadir Ketua Cawangan Latih serta Penolong- Penolong Pegawai Memerintah Batalion.

Majlis dimulai dengan penyampaian Sijil Kecemerlangan kepada 6289089 Pbt Muhammad Hafizi bin Abdul Basar penerima Anugerah Keseluruhan Terbaik

Kursus KADAR, 6289604 Pbt Mohamad Aneeq Afzal bin Mohd penerima Anugerah Kawad Terbaik

Kursus KADAR dan 6273354 Pbt Ku Mohamad Dahamin bin Ku Shamsuddin penerima

Anugerah Akademik Terbaik

Kursus KADAR.

Timbalan Komander mengucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

Perlaksanaan kursus ini sejajar dengan

Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke -28 iaitu " Memperkasa Keutuhan Organisasi".


Hubungi Kami

REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

KEM TEBRAU 80990 JOHOR BAHRU

No Tel:  07-354 1088 samb 244

Fax: 07-355 1240

Emel: rej501aw@yahoo.com