SHOWCASE PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) DAERAH

Pengenalan

Pembelajaran Berasaskan Projek adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran, menurut definisi PAK21 “Murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi menghasilkan sesuatu produk”. Selain daripada itu Pembelajaran Berasaskan Projek adalah suatu kaedah pembelajaran yang disarankan kepada para pendidik semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ketika negara masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19. Ini adalah kerana Pembelajaran Berasaskan Projek adalah jenis pembelajaran ke arah berfikiran aras tinggi yang menekankan kemahiran murid membuat keputusan untuk menghasilkan sesuatu produk. Secara tidak langsung ia dapat memastikan murid untuk terus belajar, mengaplikasi pengetahuan, mengisi masa dan menambah kemahiran-kemahiran mereka dalam persekitaran sedia ada semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 

Laman web ini merupakan inisiatif daerah bagi memaparkan showcase murid dalam pembelajaran berasaskan projek PBL.

Pautan

Laman Web Showcase PBL Daerah