PIAGAM PELANGGAN

Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan memberikan sepenuh komitmen kepada pelanggan kami iaitu:


  1. Memastikan semua kanak-kanak pada tahap umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baharu dimulakan.

  2. Memaklumkan keputusan penempatan dan pertukaran guru secara atas talian dalam tempoh 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.

  3. Memastikan semua tuntutan yang berkaitan pembayaran diproses tidak lewat dari 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima dan sempurna.

  4. Memastikan setiap calon yang telah mendaftar ditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.

  5. Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra.

  6. Melaksanakan pengurusan aduan awam dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.

  7. Sentiasa bersedia menerima cadangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan ke arah kecemerlangan pendidikan dari semasa ke semasa.