SEKTOR PERANCANGAN

FUNGSI SEKTOR


  1. Membangunkan pelan strategik pembangunan pendidikan daerah berfokuskan bimbingan dan sokongan kepada sekolah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.

  2. Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB).

  3. Menyelaras pangkalan data sebagai pusat sehenti bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).

  4. Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).

  5. Menyelaras aduan awam dan urusan maklum balas pendidikan.

TUGAS TIMBALAN PPD PERANCANGAN


  1. Memacu, memantau dan menilai keberkesanan Pelan Strategik Organisasi.

  2. Menetapkan dan membimbing penyediaan dan pelaksanaan Pelan Taktikal PPD.

  3. Memacu dan menetapkan penyediaan Pelan Pengurusan Risiko PPD.

  4. Memperaku, meneliti dan menetapkan keperluan dan agihan kewangan di PPD dan sekolah.

  5. Meneliti prestasi penggunaan kewangan yang telah diagihkan di PPD dan sekolah berasaskan keberhasilan.

  6. Memperaku pengumpulan data sebagai pusat sehenti dan rujukan utama bagi PPD dan sekolah.

  7. Memperaku data sebagai pusat sehenti dan rujukan utama bagi PPD dan sekolah.

  8. Memantau pangkalan data sebagai pusat sehenti dan rujukan utama bagi PPD dan sekolah.

  9. Memacu dan menetapkan pelaksanaan sistem Pengurusan Kualiti dan Inovasi.

  10. Memacu dan menetapkan Program Bimbingan Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PKPPD) di peringkat PPD.

  11. Memacu dan menetapkan pengurusan program inovasi dan program penambahbaikan bagi PPD dan sekolah.

  12. Memberi khidmat nasihat berkaitan aduan awam, isu-isu pendidikan dan cadangan pelanggan.