SEKTOR PEMBELAJARAN

FUNGSI SEKTOR

A. FUNGSI UTAMA

  1. Merancang dan memantau pelaksanaan bimbingan dan sokongan dalam aspek:

a) kurikulum, pedagogi dan pentaksiran;

b) pengintegrasian sumber teknologi pendidikan dalam PdP dan pengurusan pusat sumber sekolah; dan

c) pendidikan khas, pendidikan islam dan pemulihan khas.

  1. Menilai keberkesanan bimbingan dan sokongan dalam membangunkan guru dan pemimpin pertengahan sekolah

  2. Memantau, menilai dan menyelaras pelaporan pelaksanaan program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);

  3. Menyelaras analisis dan laporan pencapaian sekolah bagi memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi.


B. PENGUPAYAAN PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN SEKOLAH (SISC+)


  1. Membimbing dan membangunkan Pemimpin Pertengahan (ML) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran;

  2. Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi;

  3. Membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian;

  4. Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);

  5. Membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah; dan

  6. Menggembleng Pemimpin Pertengahan (ML) dan guru-guru yang cemerlang untuk membimbing panitia dalam bidang masing-masing.


C. PENDIDIKAN ISLAM


  1. Memberi bimbingan dan sokongan kepada:

a) sekolah dalam aspek pembangunan dan pelaksanaan program adab dan nilai; dan

b) guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran pendidikan islam.

  1. Mengumpul dan menganalisis data pendidikan Islam di peringkat PPD.


D. PENDIDIKAN KHAS


  1. Membimbing dan memberi sokongan kepada:

a) pentadbir sekolah dalam aspek pengurusan pendidikan khas;

b) guru dalam aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan kokurikulum pendidikan khas; dan

c) pembantu pengurusan MBK.

  1. Membimbing dan memberi sokongan kepada guru dalam aspek:

a) penempatan dan pertukaran persekolahan MBK.

b) melaksanakan program transisi MBK.

c) kemudahan mesra OKU dan pembangunan kelas pendidikan khas

  1. Mengumpul dan menganalisis data Pendidikan Khas di peringkat PPD.


E. PEMULIHAN KHAS


  1. Memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam aspek:

a) penguasaan asas literasi dan numerasi; dan

b) peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas

  1. Mengumpul dan menganalisis data pemulihan khas di peringkat PPD.


F. SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


  1. Memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam aspek:

a) pengintegrasian sumber teknologi pendidikan dalam PdP;

b) pelaksanaan inisiatif TMK di sekolah;

c) penerbitan bahan PdP dalam pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan;

d) pembangunan pusat sumber sekolah; dan

e) pembudayaan amalan membaca

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan melaporkan pelaksanaan penggunaan teknologi dalam PdP.