SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

FUNGSI SEKTOR


A. FUNGSI UTAMA


  1. Menyelia pengurusan dan pengoperasian sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.

  2. Merancang dan menyelaras keperluan bimbingan dan sokongan kepada kepemimpinan sekolah.

  3. Mengurus pengoperasian penempatan dan pertukaran guru di sekolah bawah kawalan PPD.

  4. Menyemak dan mengesahkan cadangan penempatan dan pertukaran GPK dan PGB di sekolah bawah kawalan PPD.

  5. Menguruskan pendaftaran murid warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.

  6. Memproses permohonan pendaftaran murid bukan warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.

  7. Memantau dan menentusahkan data murid warganegara dan bukan warganegara dan murid tanpa dokumen di sekolah bawah kawalan PPD.

  8. Menyelia dan memantau pematuhan kurikulum di IPS di bawah kawalan PPD.

  9. Menyelia pengurusan perhubungan dan pendaftaran peringkat daerah.


B. PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH (SIP+)

  1. Membimbing dan memberi sokongan dalam membangunkan pemimpin sekolah (Senior Leader Team, SLT) dalam keseluruhan aspek kepemimpinan dan pengurusan organisasi sekolah;

  2. Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah (SLT) mengenai program/ intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan;

  3. Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi;

  4. Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);

  5. Memberi khidmat nasihat mengenai pelan penggantian dan pembangunan kapasiti; dan

  6. Membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah.


C. PRASEKOLAH DAN RENDAH & MENENGAH DAN TINGKATAN 6


  1. Membimbing dan memberi sokongan kepada sekolah dalam aspek pengoperasian sekolah merangkumi:

a) Prasekolah;

b) Rendah;

c) Menengah;

d) Tingkatan 6; dan

e) Sekolah Jenis Khas.

  1. Memberi bimbingan dan sokongan penyesuaian kepada guru baharu.

  2. Melaksanakan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah.

  3. Menyediakan cadangan pemilihan pemimpin sekolah.

  4. Mengumpul dan menganalisis data operasi pengurusan sekolah dalam kawalan PPD. (Termasuk swasta dan pendidikan khas).

  5. Melaksanakan pendaftaran dan pertukaran murid dalam daerah.

  6. Melaksanakan pengurusan perhubungan dan pendaftaran peringkat daerah.


D. PENDIDIKAN SWASTA


  1. Membantu dalam pemantauan, pengawal seliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta di bawah kawalan PPD.

  2. Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS).

  3. Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru IPS.

  4. Mengumpul dan menganalisis data IPS dan pusat bimbingan alternatif (PBA).

  5. Menyediakan kertas siasatan bagi tujuan tindakan perundangan.

  6. Menyalur maklumat / data pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dengan IPS berdasarkan pelbagai bentuk kerjasama.