KETERANGAN LOGO PD WIN 2.0
Perkataan "PD WIN 2.0"
Hasrat pengurusan untuk menyemarakkan kembali gagasan PD WIN yang telah dilaksanakan sebelum ini dalam konteks dan acuan yang baharu selaras dengan pemerkasaan PPD dan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Perkataan "Muafakat Sejahtera"
Tagline # yang mengajak seluruh warga PPD dan sekolah menerapkan amalan muafakat dalam setiap pekerjaan bagi mencapai kesejahteraan yang dihasratkan.
Simbol "Buku"
Lapisan buku melambangkan:
semua warga PPD yang bekerjasama untuk mencapai hasrat dan inspirasi Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson mencapai kejayaan;
tujuh helaian mewakili 7K yang menjadi fokus PPD iaitu Kebersihan, Keselamatan, Keceriaan, Kolaboratif, Kompetensi, Kualiti dan Keberhasilan.
Simbol "Tangan"
Dua telapak tangan yang menyokong buku menunjukkan pembudayaan amalan muafakat dalam organisasi untuk mencapai kesejahteraan.
Warna
Warna Hijau melambangkan keindahan, kedamaian dan ketenangan.
Warna Biru melambangkan keharmonian dan kesejahteraan.
Warna Hitam melambangkan keyakinan dan kesungguhan.
Warna Oren melambangkan kreativiti dan inovasi.