Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Unit Infrastruktur, Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan membuka pendaftaran kepada kontraktor syarikat bumiputera yang berminat untuk kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Institusi Pendidikan bagi Tahun 2026 di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson. :-
a. Syarikat yang melaksanakan kerja-kerja sivil terbuka dalam daerah Port Dickson sahaja
b. Syarikat yang melaksanakan kerja-kerja mekanikal terbuka dalam daerah Port Dickson sahaja
c. Syarikat yang melaksanakan kerja elektrik terbuka kepada semua daerah dalam Negeri Sembilan
Syarikat yang LAYAK adalah berdasarkan tarikh sah tempoh sijil CIDB minimum sehingga 31 Mei 2026 dan ke atas dan bebas dari dikenakan tindakan tatatertib oleh CIDB.
Syarikat yang LAYAK adalah Syarikat G1 dan G2 dan akaun bank yang berdaftar dengan Sistem e/Vendor.
Syarikat hendaklah memuat turun salinan dokumen berbentuk PDF dalam google link mengikut link yg diberikan.
a. SSM
b. Sijil Pendaftaran Kontraktor CIDB,
c. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
d. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
e. penyata bank
f. maklumat pendaftaran e-vendor
g. Sijil Suruhanjaya Tenaga bagi syarikat yang mendaftar kerja elektrik. (Borang Q)
h. TCC Tahun 2026
i. Pengalaman kerja penyenggaraan dengan PPDPD Tahun 2024-2025 dan agensi kerajaan Tahun 2024-2025.
Pendaftaran dibuka bermula pada 12 Januari sehingga pada 28 Februari 2026. Mohon buat pendaftaran syarikat mengikut link tersebut :
SIVIL: https://forms.gle/jM2xeVSP9U9EaU8d6
ELEKTRIK: https://forms.gle/VJXFQ7zpJtKsKxKz7
MEKANIKAL: https://forms.gle/Byt5NaqGPVG4Fto3A
Syarikat yang berdaftar akan ditapis mengikut syarat dan kriteria seperti dinyatakan di atas. Syarikat yang berjaya berpeluang untuk dilantik bagi kerja-kerja lantikan terus dibawah Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson. Segala permohonan yang tidak mengikut syarat dan dokumen tidak lengkap tidak dipertimbangkan masuk ke senarai syarikat yang berjaya ditapis.
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd Rizal (Penolong Jurutera PPD PD) di talian 012-6445028
Sekian, terima kasih.
Sektor Pengurusan,
Unit Kewangan, Infrastruktur & Perolehan , PPDPD