Syed Hussein atas hujahannya yang menerangkan bahawa soal kemanusiaan dan penyelesaian sesuatu kemaslahatan merupakan satu keutamaan dalam Islam. Syed Hussein (2015b) juga turut membidas tindakan MUIS melalui muftinya yang menggunakan nas dan hadis yang bukan pada tempatnya sehingga menimbulkan kekeliruan lalu perkara ini dimuatkan dalam karya beliau, “Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata”. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Syed Hussein berusaha supaya umat Islam bijak menyelesaikan apaapa kemaslahatan dengan mengelakkan daripada memahami Islam dalam kerangka sempit di samping pertimbangan yang seiring dengan perkembangan ilmu sains dan pengetahuan.
Syed Hussein sendiri dalam usahanya untuk memberi kesedaran kepada umat Islam tentang perlunya pertimbangan rasional yang menggunakan akal.
Syed Hussein menggesa umat islam memperluas semangat berfikir adalah supaya umat Islam tidak ketinggalan dalam soal pemodenan. Perolehan ilmu pengetahuan ini dapat mengukuhkan identiti diri umat Islam sebagai satu umat manusia yang mampu menguasai ilmu pengetahuan yang pastinya memberi manfaat dalam banyak perkara.
Syed Hussein menuntut agar umat Islam sentiasa memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan ternyata seiring dengan perjalanan bangsa-bangsa lain yang telah menemui kemajuan sejak era kegemilangan kerajaan Islam hingga zaman moden dunia.
Syed Hussein turut tidak ketinggalan dalam usahanya untuk membangkitkan semangat berfikir bagi meruntuhkan kerangka indoktrinasi golongan elit pemerintah. Bagi Syed Hussein, perkara ini merupakan satu kekangan untuk sesebuah masyarakat mencapai kemajuan daripada sebuah negara yang mundur kepada sebuah negara yang mencapai tahap pembangunan menyeluruh
Plato berpendapat dengan sebab itu pendidikan dan pembelajaran ini adalah urusan penting bermula dari usia masih muda hinggalah ke akhir hayat. Plato berjuang dalam mencapai idea perjuangannya iaitu 'kebaikan adalah pengetahuan' (virtue is knowledge), yang merupakan kelangsungan dari ajaran gurunya Socrates. Oleh itu, itu suatu rencana pendidikan yang teratur serta menyeluruh perlu diadakan dalam usaha mencapai ide falsafah ini. Pendidikan adalah mekanisma penting untuk melahirkan rakyat yang baik
Plato memandang berat pendidikan pada tahap akhir kerana tahap ini menjadi pengantar kepada falsafah. Pengetahuan ini akan membawa kepada kefahaman idea kebaikan dan kebenaran. Plato juga menekankan soal moral atau akhlak yang tinggi.