Dilahirkan di Bogor, Indonesia, Profesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas (17 September 1924 – 23 Januari 2007) ialah salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1968 serta juga ahli intelektual yang banyak menyumbangkan ilmu kepada masyarakat Malaysia. Beliau adalah antara tokoh angkatan lama yang telah mempelopori dan mengasaskan perkembangan ilmu sosial, khususnya sosiologi, di Malaysia sejak pertengahan 1950-an sebelum kemerdekaan Malaysia dan meneruskan usaha gigih mengembangkan ilmu tersebut sehingga akhir hayatnya. Syed Hussein meninggal dunia pada pukul 9.30 malam 23 Januari 2007, akibat serangan sakit jantung
Plato merupakan ahli falsafah Yunani yang sangat berpengaruh, murid pada Socrates dan guru pada Aristoteles. Hasil kerjanya yang paling masyhur adalah Republik yang dia menguraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Dia juga menulis 'Hukum' dan banyak dialog di mana Sokrates adalah peserta utama. Pelbagai sumber telah memberikan laporan tentang kematian Plato' Satu cerita, berdasarkan manuskrip yang dicacatkan, mencadangkan Plato meninggal dunia di atas katilnya.. Tradisi lain mencadangkan Plato meninggal dunia di kenduri perkahwinan.