Syed Hussien Al-Attas
Syed Hussien Al-Attas
Idea dan pemikiran Syed Hussien Al-Attas
Syed Hussein Al-Attas adalah seorang sosiologi dan intelektual Malaysia, yang terkenal kerana karya-karyanya dalam bidang sosiologi dan pemikiran kritis.
Antara idea atau pemikiran yang disebarkan oleh beliau adalah seperti pemikiran yang kritis terhadap Intelektual Kolonialisme. Berdasarkan pemikiran Syed Hussein Al-Attas tersebut, dapat merungkaikan bahawa, beliau menyajikan pemikiran kritis terhadap dominasi intelektual kolonialisme di dunia melayu. Ia menyoroti bagaimana kebajikan kolonialisme dapat mempengaruhi perkembangan masyarakat dan intelektual, cara berfikir terhadap budaya, pandangan masyarakat dan institusi islam.
Pemikiran Syed Hussein Alatas yang seterusnya adalah tentang konsep '' Ranah Ilmu'' (Realm of the Intelleet) iaitu, Beliau mengembangkan konsep ''ranah ilmu'' yang menjangkau batasan dan ruang lingkup pengetahuan dalam ilmu masyarakat. Beliau juga menekankan bahawa pentingnya, merumuskan pengetahuan lokal, dan mengevaluasi pengaruh luar terhadap perkembangan intelektual.
Selain itu pula adalah merupakan pemikiran tentang Islam dan Modernitas. Syed Hussein Alatas memiliki pandangan yang unik tentang hubungan antara Islam dan modernitas. Ia menunjukkan bahawa islam dapat bergerak seiring dengan konsep-konsep modernitas asalkan tidak melupakan nilai-nilai kemanusiaan.
Akhir sekali merupakan Pemikiran Kritis terhadap Sistem Pendidikan. Syed Hussein Alatas mengeksploitasi sistem pendidikan terhadap pembentukan pemikiran dan nilai-nilai masyarakat. Ia mencerminkan dan memperkuat kearifan lokal.
Kesimpulannya pemikiran Syed Hussein Alatas mencerminkan upayanya untuk menyelidik dan memahami komplekstasi tentangan yang dihadapi oleh masyarakat Muslim, terutama dalam konteks modernisasi dan globalisasi. Meskipun pendekatan dan idea-ideanya boleh menyebabkan kontroversi, sumbangan pemikiran Alatas tetap seiring dalam perkembangan sosiologi dan pemikiran sosial di dunia Islam.
Plato
Idea dan Pemikiran Plato
Idea dan pemikiran telah menjadi rujukan dan pedoman selama beberapa abad, misalnya seperti filsuf Islam. Kebanyakkannya ia muncul dalam beberapa dialog ataupun perbincangan. Menurut Plato, idea merupakan dunia yang melampaui pemikiran manusia di mana manusia tergantung pada dunia idea. Manakala, pada masyarakat moden kini, idea dapat diertikan sebagai hasil pemikiran seseorang ketika berfikir atau boleh dianggap sebagai konsep.
Plato telah membahagikan masyarakat kepada tiga jenis golongan, iaitu :
Golongan pertama yang disebut sebagai golongan pekerja. Mereka dicirikan sebagai golongan yang bernafsu rendah dan tidak mempunyai keinginan yang tinggi. Golongan ini tidak meraih pendapatan yang tinggi. Mereka juga bertanggungjawab untuk membekalkan keperluan, seperti keperluan asas kepada anggota masyarakat yang disebut sebagai Phenicia.
Golongan kedua disebut sebagai golongan tentera yang dianggap sebagai unsur rohaniah dalam tubuh manusia. Mereka menjalankan khidmat kepada anggota masyarakat demi kesejahteraan negara. Mereka bertanggungjawab mengawal saiz negara, tidak menikmati kemewahan yang melampaui batas dan menentukan pendidikan bakal pemimpin masa hadapan. Setiap insan berhak berkhidmat sebagai tentera dan mendapat pendidikan setaraf tanpa mengira jantina. Plato juga menegaskan bahawa keutuhan dan kesatuan negara terjamin serta terpelihara berdasarkan ikatan hubungan persaudaraan yang amat kukuh.
Golongan ketiga ialah golongan pemerintah atau lebih dikenali sebagai philosopher king. Ia diibaratkan dengan unsur rasional dalam individu. Kestabilan dan keamanan negara dapat dibentuk apabila individu mempunyai tahap rasional yang tinggi. Menurut Plato, golongan yang laping layak memerintah negara ialah golongan yang terdiri daripada ahli falsafah kerana mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang tinggi terhadap persekitaran. Philosopher king yang dimaksudkan Plato ini mempunyai beberapa tanggungjawab, iaitu sebagai pengasas kepada sesebuah negara dan penggubal undang-undang.
Dalam etika dan psikologi moral, Plato memberi pandangan bahawa seseorang memerlukan bukan sahaja ilmu pengetahuan, namun juga kelakuan ke arah tindak balas emosi yang sihat dalam menjalani kehidupan yang baik. Seseorang perlu menimba ilmu untuk mencapai matlamat, iaitu mencapai kebahagiaan dan keharmonian dalam hidup. Individu yang mempunyai pelbagai ilmu juga dipercayai bahawa pengikutnya akan bertambah ramai.