JUSTIFIKASI;
JUSTIFIKASI;
Beliau telah memberi sumbangan terhadap isu seperti masalah rasuah, ideologi dan kepimpinan serta mengkritik feudalisme dan imperialisme Barat. Dalam erti kata lain, Alatas dilihat sebagai seorang cendekiawan dan sarjana, khususnya bidang sosiologi, sejarah dan falsafah.
Namun, ada satu aspek yang sering tersisih atau dipinggirkan, iaitu wacana keislamannya. Walhal, kita dapat merumuskan yang pemikiran keislaman beliau yang menjadi penggerak terhadap isu-isu lain yang dibangkitkan. Alatas banyak menekankan aspek moral dan nilai dalam sesebuah masyarakat. Ini tentunya lahir dari komitmen beliau terhadap pesan-pesan universal yang ada dalam Islam.
Plato dikenali sebagai bapa idealisme dalam falsafah. Ideanya adalah elitis. Pandangan Plato masih relevan sehingga kini kerana beliau banyak meberikan sumbangan dalam beberapa karya beliau. Antaranya The Republic yang digambarkan sebagai pedoman hidup individu. The Republic adalah sebuah karya mengenai falsafah dan politik atau lebih tepatnya berkenaan “falsafah benda-benda kemanusiaan”. Ajaran utama Plato adalah konsep bahawa manusia mempunyai jiwa yang tidak dapat mati meskipun tubuh jasmani mati.
Melalui karya-karyanya, Plato berjaya memberikan salah satu potret dan deskripsi Socratic yang paling dirujuk sehingga kini. Diturutkan serta di dalam karyanya, pandangan mereka dan kedudukan idealis mereka untuk mereka persembahkan pada dunia; juga membincangkan dan mencerminkan struktur politik dan undang-undang pada masa itu. Bahkan ada sesetengah falsafah beliau yang telah membuktikan kebenaran kata-kata beliau. Sebagai contoh, Plato pernah berkata bahawa "negara dan rakyat itu adalah saling berkait, jika tidak baik rakyat itu maka rosaklah sesebuah negara itu." Kesimpulannya, begitu banyak sumbangan yang diberikan Plato yang masih relevan sehingga kini yang masih diterima dan dipakai di serata dunia.