Profesor Dato’ Dr Syed Hussein Alatas atau nama penuhnya Syed Hussein Alatas bin Syed Ali Alatas ialah seorang ahli sosiologi, ahli politik, dan intelektual. Beliau merupakan salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1968. Beliau merupakan antara tokoh yang telah mempelopori dan mengasaskan perkembangan ilmu sosial khususnya sosiologi di Malaysia sejak pertengahan 1950-an sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dan terus berkembang sehinggalah kematiannya.
Dari 1967 hingga 1988 beliau berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura. Antara 1960-an dan 1979-an, beliau memainkan peranan aktif dalam arena politik, termasuk pada 1968, membantu menubuhkan Parti Gerakan, sebuah parti berbilang kaum.
Pada tahun 1972, beliau membantu menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas). Dilantik sebagai Timbalan Canselor Universiti Malaya dari 1988 hingga 1991. Dari pertengahan 1990-an, beliau menghabiskan dekad terakhir kehidupan akademiknya di Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum berkhidmat sebagai Profesor dan Felo Kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di universiti yang sama.
Syed Hussein Alatas diiktiraf atas sumbangannya dalam sosiologi dan pemikiran sosial. Ia menerima beberapa anugerah, termasuk Anugerah Sastera Tun Seri Lanang pada tahun 1986. Walaupun beliau meninggal dunia pada 23 Januari 2007, legasi beliau terus hidup dalam perkembangan sosiologi di Malaysia. Latar belakang dan karya Syed Hussein Alatas mencerminkan peranannya sebagai seorang pemikir intelek dan kritis dalam konteks Malaysia dan gerakan sosial dan politik di Asia Tenggara.
Beliau juga terkenal sebagai penulis buku antikolonial, Mitos Peribumi Malas. Beliau merupakan tokoh yang sangat vokal dalam menyuarakan pandangan terutama dalam isu rasuah, pascakolonial dan pemikiran peribumi. Sehingga kini, lontaran ideanya masih segar dibincang dan dibahas dalam wacana intelektual.
Aristocle nama yang diberikan oleh datuknya atau lebih dikenali sebagai plato kerana bentuk bahu yang lebar yang diberikan oleh seorang jurulatih senaman beliau.Plato dilahirkan pada sekitar 428-427 Sebelum Masihi, namun kelahiran Plato yang adalah tidak jelas malah terdapat andaian menurut khabar angin mengatakan Plato telah dilahirkan di Pulau Aegina, Athena. Plato dilahirkan pada tahun selepas kematian pericles iaitu negarawan Athens yang hebat. Plato meninggal pada usia tujuh puluh.
Plato datang daripada keluarga yang giat dan terkenal dalam politik di Athena. Namun yang menjadi kepastian ialah beliau telah dilahirkan dalam suatu keluarga aristokrat Athens yang terbilang dimana salah satu keluarga yang turun temurun memiliki peranan yang amat penting dalam kehidupan politik di Athens. Ayah beliau ialah Ariston yang merupakan seorang bangsawan keturunan raja kodrus, iaitu raja terakhir di Athens yang berkuasa sekitar tahun 1068SM yang sangat dikagumi oleh semua rakyatnya kerana beliau terkenal dangan seorang yang mempunyai kecekapan dan juga seorang yang bijaksana dalam pemerintahan di Athens . Manakala ibunya bernama Solon yang berketurunan daripada keluarga peletak dasar undang-undang Solon (c. 630-560 SM) di Athena pada suatu ketika dahulu. Plato juga mempunyai dua orang abang, Glaucon dan Adeimantus, dan seorang kakak, Potone, oleh ibu bapa yang sama menurut DL Diogenes Laertius ( DL 3.4).
Di masa remaja, Plato berkenalan dengan Socrates yang menjadi guru sekaligus sahabatnya. Namun pada tahun 399 SM semasa Socrates berumur tujuh puluh tahun, beliau telah didakwa dengan tuduhan mengajar pelajaran sesat dan merosakan akhlak golongan muda Athen. Socrates dikutuk dan dihukum mati. Menurut Socrates, Plato seorang yang bijaksana, jujur dan baik kepada semua manusia .Kematian Socrates membuatkan Plato benci kepada pemerintahan demokrasi. Tidak lama selepas Socrates mati, Plato pergi meninggalkan Athen dan mengembara selama sepuluh hingga dua belas tahun.
Sekitar tahun 387 SM, dia kembali ke Athen dan menubuhkan sekolah di sana, sebuah akademi yang berjalan lebih dari 900 tahun. Plato menghabiskan sisa umurnya yang empat puluh tahun di Athen, mengajar dan menulis soal berkaitan falsafah. Muridnya yang termasyhurnya adalah Aristotle yang menjadi murid akademi sewaktu berumur tujuh belas tahun sedangkan Plato waktu itu sudah menjangkau umur enam puluh tahun.
Plato menulis tidak kurang daripada tiga puluh enam buku kebanyakannya berkaitan dengan masalah politik dan etika selain metafisik dan teologi. Tentu saja mustahil mengikhtisarkan isi semua buku itu hanya dalam beberapa kalimat. Buku yang tersohor adalah Republik yang mewakili fikiran-fikirannya tentang bentuk masyarakat yang ideal.