Selepas menjalankan penelitian berkaitan dengan kedua-dua tokoh falsafah iaitu Syed Hussien Al-Attas dan Plato, kami mendapati bahawa kedua-dua tokoh ini memiliki perbezaan yang ketara dalam konteks budaya, agama dan pandangan ontologi.
Syed Hussien Al-Attas, seorang cendekiawan Muslim Malaysia, menekankan integrasi ilmu pengetahuan dengan nilai-nilai Islam. Tambahan pula, beliau juga seorang tokoh yang memiliki perjalanan hidup yang kaya akan pengalaman intelektual, penelitian, dan kritis terhadap pandangan kolonial serta pembangunan teori yang relevan. Beliau juga menekankan konteks lokal kerana perlu memahami dan menganalisis serta mengembangkan teori-teori sosial dalam kalangan masyarakat. selain itu, warisan dan pengaruh juga memungkinkan beliau bahawa warisan intelektual terhadap pengembangan sosiologi di Asia Tenggara dapat mencakup harapannya dan membantu generasi masa depan dalam memahami dan menyelesaikan cabaran sosial.
Manakala, Plato yang merupakan seorang ahli falsafah Yunani kuno, menyumbang kepada pemikiran Barat dengan konsep seperti "Teori Bentuk" atau "Teori Idea." Beliau mempunyai pemikiran termasuk kepercayaan pada realiti ideal dan konsep bahwa pengetahuan sejati dapat dicapai melalui refleksi dan penggunaan akal budi. Plato juga menekankan pentingnya keadilan dan struktur masyarakat yang teratur dalam karyanya "Republik."
Meskipun keduanya menghargai pengetahuan, pendekatan dan asas falsafah mereka berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya dan agama yang mendalam.