Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab yang sampai ke kepulauan Melayu seiring dengan kedatangan Islam. Terdapat pelbagai teori kedatangan Islam ke Alam Melayu, sama ada dari timur (Cina) dan barat (Arab, Farsi dan India). Asal usul istilah jawi tidak diketahui. Kemungkinan asal dari perkataan Arab aljawah. Pada mulanya orang arab menggunakan sistem tulisan arab untuk menulis bahasa Melayu tetapi timbul kekeliruan membacanya kerana sistem tulisan arab ditulis tanpa baris. Justeru itu pada peringkat awalnya untuk elak kekeliruan tanda baris termasuk tasydid digunakan dalam tulisan jawi. Kajian perkembangan sistem ejaan jawi banyak dilakukan oleh tokoh barat seperti Shellabear, Wilkinson, Marsden, R.O.Winsted
Manakala tokoh Melayu pula ialah Raja Ali Haji dan Muhammad Ibrahim anak Abdullah Munshi. Tokoh Melayu terulung dalam kajian tulisan jawi ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Za’ba menyatakan antara punca ketidak-seragaman tulisan jawi ialah sistem pemvokalan, sistem ejaan suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan intonasi, penggunaan abjad alif, waw, ya dan hamzah, pengejaan bunyi a pada akhir suku kata. Za’ba membincangkan tentang kaedah ejaan jawi dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940) dan buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1949). Tokoh lain yang menulis mengenai kaedah ejaan jawi ialah Raja Haji Muhammad Tahir Rencana Melayu (1928), Mejar Datuk Haji Muhammad Said Sulaiman Buku Katan (1936) dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936). Tahun 1954, kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua telah membuat perbandingan tulisan rumi dan jawi. Hasilnya dalam Memorandum Mengenai Tulisan Rumi Untuk Bahasa Melayu (1954) telah menyimpulkan 11 kelebihan tulisan rumi, 1 kelebihan tulisan jawi, 12 kelemahan tulisan jawi dan 1 kelemahan tulisan rumi .
Antara kelemahan tulisan jawi ialah kurang abjad vokal dan diftong, tiada huruf besar, sukar eja perkataan asing, bentuk abjad berubah bila disambung dan .ث ع خ ح ط ظ ذ ض ش ق ف غ ص seperti melayu lidah dengan sesuai tidak abjad Kelebihan jawi ialah boleh mengeja perkataan arab menurut ejaan dan lidah arab. Pada tahun 1972 Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain mencadangkan penggunaan tanda baris sepenuhnya dengan mengenepikan penggunaan vokal ي و ا iaitu baris atas untuk vokal a, baris bawah untuk vokal i, baris hadapan untuk vokal u, ‘ untuk vokal o, untuk vokal e pepet dan tanpa tanda baris untuk e taling. Pada tahun 1983 atas usaha DBP, Awang Mohamad Amin telah menghasilkan satu penyelidikan tulisan jawi bertajuk Satu Kajian Terhadap Kaedah Ejaan Jawi Za’ba. Hasil kajian itu telah mencetus penubuhan sebuah Jawatan Kuasa Ejaan Jawi DBP untuk menyemak sistem tulisan jawi pada masa itu khususnya ejaan Za’ba. Pengerusi JK tersebut Hj. Hamdan Hj Abdul Rahman menyatakan tujuan JK tersebut adalah untuk mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang longgar. Cadangan JK tersebut dibengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1984. Hasil dari bengkel tersebut, pada tahun 1986 diterbitkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP. Antara keseragaman dalam buku PEJYD ialah konsonan melambangkan huruf v, penulisan imbuhan, i, penulisan kata ulang dan penulisan akronim. Pada tahun 1988 DBP menerbitkan buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi .