PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
PENGAJIAN JAWI DAN TULISAN KHAT
PENGAJIAN JAWI DAN TULISAN KHAT
SINOPSIS
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan perkembangan tulisan jawi, ejaan jawi yang disempurnakan, seni khat, persediaan penulisan khat dan digitalisasi penulisan khat Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
PENGENALAN
Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dinamik dan bersesuaian merupakan satu komponen penting bagi mengembangkan penyebaran maklumat pembudayaan saintifik, pengetahuan baru dan pencetusan idea kreatif dan inovatif (Jantan 2016). Proses PdPc masa kini telah banyak berubah dan mengalami evolusinya sendiri. Jika dahulunya penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih canggih seperti penggunaan komputer, video, dan pelbagai peralatan lain lagi yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks (Sutaji 2015). Selain itu, merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran; DSKP (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016) bagi mata pelajaran Pendidikan Jawi dan khat telah menyarankan guru untuk mengaplikasikan beberapa jenis pendekatan pembelajaran termasuklah pendekatan inkuiri dalam pembelajaran berasaskan projek, aplikasi khaligrafi dan lain-lain strategi pengajaran. Antara sub-bidang yang terkandung dalam DSKP mata pelajaran Pendidikan Jawi dan khat termasuklah pembelajaran latar belakang ilmu jawi, jenis-jenis ejaan jawi, jenis -jenis tulisan khat dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, untuk memudahkan para pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu bidang atau sub-topik tersebut, para guru yang mengendalikan PdPc perlu mempunyai penguasaan dan kemahiran dalam teknik pengajaran yang berkesan.