Mula diperkenal pada abad kelapan. Digunakan untuk menulis naskhah alQuran pada abad kesepuluh. Menarik minat kerana mudah ditulis tanpa struktur yang kompleks. Dipelopori oleh Ibn Muqlah seorang menteri zaman Abasiyah dan Ibn al-Bawwab. Banyak digunakan dalam penulisan buku, majalah, Al-Quran dan suratsurat. Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah alQur'an di dalam dunia Islam, walaupun terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya Kufi.