Thuluth bermakna satu pertiga. Dinamakan thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebarnya menyamai satu pertiga lebar mata pena. Popular untuk tujuan hiasan seperti tajuk buku.
Kurang praktis untuk menulis teks panjang seperti naskhah Al-Quran kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya.
Khat ini ditulis dengan mata pena yang lebar matanya di antara 2-3 mm. Khat ini dinamakan Ummul Khutut dan dikatakan menjadi syarat bagi seseorang untuk digelar sebagai "khattaat", kerana memang sangat sukar mempelajarinya.