Jenis tulisan Arab tertua yang dikenal dalam Islam. Dipercayai diasaskan di Bandar Kufah, Iraq. - Digunakan untuk menulis ayat Al-Quran dan hiasan seni bina. -Dua jenis khat kufi iaitu berdaun dan berbunga.Ciri utamanya adalah torehannya kaku bersudut, kerana mulanya memang ditorehkan dengan pisau di atas tulang, batu-batu, atau pelepah kurma. -Berkembang menjadi sangat indah pada masa Daulah Abbasiyah, dengan memasukkan unsur unsur hiasan dan ornamen khas ke dalamnya. Kufi asli memiliki ciri ciri tidak bertitik, dan tidak bersyakal serta dibiarkan asli tanpa hiasan. Sedangkan Kufi yang sudah berkembang, banyak mengambil bentuk bentuk yang lebih beragam, dan banyak digunakan dalam karya-karya arkitektur, untuk menghiasi masjid, makam, dan lain-lain lagi.