Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan menentukan ukuran tulisan khat Diwani.
Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri Konstantinopel ditawan oleh Sultan Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857 Hijrah. Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Seterusnya, tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasannya tulisan khat Diwani ini digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyurat rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk hiasan.
Jenis Kaligrafi ini pernah menjadi tulisan yang dirahsiakan oleh Daulah Uthmaniyah kerana keindahannya. Setelah Sultan Muhammad Al Fatih berjaya menakluki Konstantinopel tahun 857 H, penggunaan khat Diwani mulai disebarkan meski terbatas kepada penulisan diwan-diwan resmi (pembukuan dokumen) Kerajaan Usmaniyah. Itulah sebabnya khat ini dinamakan Diwani. Tokoh pertama yang meletakkan kaedah penulisannya adalah Ibrahim Munif At Turki.
Diwani memiliki tiga aliran gaya yaitu : gaya Turki, gaya Mesir, dan gaya Baghdad. Keindahan Diwani terletak pada bentuk fleksibelnya dan banyak menggunakan huruf-huruf berpusing.