PERANCANGAN
memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang cara penulisan khat jawi daripada sumber teknologi dan digital seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara yang menjadikan media digital dan teknologi sebagai suatu inovasi untuk mencapai objektif keberkesanan dalam pelajaran. tambahan pula, ia juga merupakan suatu usaha penghargaan keseniaan islam dalam kalangan pelajar supaya tidak luput ditinggal zaman. matlamat pembelajaran yang bertujuan memberi pendekatan kepada setiap pelajar celik dalam teknologi maklumat mahupun akademik. oleh itu, para guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan bahan dan memberikan panduan kepada para pelajar supaya pengajaran yang disampaikan dapat difahami oleh pelajar.
setiap guru perlu menguasai penggunaan media digital dan teknologi sebagai suatu inovasi dalam menyampaian semasa di dalam kelas. ia merupakan salah satu komponen daripada Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang digariskan ole Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjamin keberkesanan pembelajaran dalam abad ke- 21 (PAK 21) ini. antara persediaan yang perlu dilakukan oleh guru ialah
mengusai pengetahuan tentang asas penulisan jawi seperti cara penulisan yang tepat supaya ilmu yang disampaikan adalah sahih
penguasaan terhadap media elektronik dan digital sebagai medium untuk mengajar para pelajar untuk mempratikkan penulisan jawi.
mengaplikasikan bahan-bahan melalui medium digital untuk pengajaran dan mengakses maklumat yang lebih luas.
Pembinaan Google Site ni juga merupakan suatu inisiatif bagi guru dan pelajar untuk mengetahui asas ilmu pengajian jawi dan khat ini. pelbagai maklumat berkenaan ilmu ini terdapat dalam Google site ini. Antaranya :
Pengenalan tentng pengajian jawi
latar belakang penulisan khat
digitalisasi khat
jenis-jenis beserta ciri-ciri khat yang terkenal
Aktiviti program khat
Guru juga boleh mencari bahan lain di laman sesawang yang lain dan mendedahkan pelajar tentang aplikasi penulisan khat dalam aplikasi digital seperti Microsoft Excel, Photoshop dan aplikasi yang lain. memimbing pelajar untuk menggunakan apa sahaja aplikasi digital yang sesuai bagi memartabatkan penulisan khat secara digitalisasi mengikut keativiti masing-masing.
CONTOH-CONTOH APLIKASI DIGITAL
PENILAIAN
segala dapatan yang diterima akan dinilai bagi memastikan para pelajar dapat memahami ilmu yang disampaikan dan bijak mengaplikasi tulisan khat dengan cara yang betul.
guru menilai hasil karya pelajar dengan cermat dan teliti
Guru perlu memberi respons kepada hasil karya para pelajar.
memberi hadiah atau ganjaran dan mungkin pujian kepada pelajar yang berjaya menghasilkan karya seni khat yang menarik sebagai suatu motivasi.
menilai keseluruhan dapatan bagi mengkaji keberkesanan cara penyampaian semasa di dalam kelas melalui dapatan yang diperoleh.