Definisi Seni Khat
Garis atau tulisan indah. Suatu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letaknya dan cara-cara merangkainya menjadi suatu bentuk seni khat. Apa-apa yang ditulis di atas garis-garis, bagaimana cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis, menukar ejaan yang perlu ditukar dan bagaimana cara menukarnya.
Tulisan enam atau Al-Aqlam al-Sittah merupakan khat utama disempurna dan dikemaskan oleh tiga orang tokoh khat zaman Abasiyah iaitu Ibnu Muqlah, Ibnu Al-Bawwabh dan Yadut Al-Musta’shimi. Enam jenis khat tersebut ialah Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Rayhani, Riq’ah dan Tawqi’.
Terdapat enam jenis khat yang paling popular , iaitu Kufi, Nasakh, Riq’ah, Thuluth, Farisi dan Diwani. dalam pembelajaran pendidikan rendah di sekolah hanya diajarkan 3 jenis khat iaitu kufi, riq'ah dan nasakh.