Kajang, 19 Ogos 2025 – Mesyuarat Khas NAPREC: Train The Trainer (ToT) telah diadakan bagi Projek Constructing A Malaysian Shop Price Index (MSPi) Using Machine Learning Analytics Method. Sesi ini berlangsung di Makmal Mutiara 1, Institut Penilaian Negara (INSPEN).
Kajang, 5 Ogos 2025 – Persidangan NAPREC ke-18 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara (INSPEN) dengan penyertaan lebih daripada 300 peserta secara fizikal. Para peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional dalam industri harta tanah termasuk pegawai kerajaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pegawai penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), profesional dari firma harta tanah swasta, ..
Kajang, 4 Julai 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu, Projek Penyelidikan NAPREC Bil. 1/2025 telah diadakan di Bilik Persidangan Saujana, Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan dipengerusikan oleh YBrs. Sr. Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua 5 pengerusi panel pakar bidang NAPREC, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPPH, serta urusetia Sekretariat NAPREC. Wakil-wakil kementerian yang hadir termasuk Dr. Siti Noor Baiti binti Mustafa, Timbalan Pengarah (Latihan), Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi dan Puan Nur Asiah Abdul Kadir, daripada Bahagian Dasar Saraan & Pengurusan, Kementerian Kewangan.
Kajang, 1 Julai 2025 – Satu mesyuarat Khas NAPREC diadakan bagi pembentangan projek penyelidikan Malaysian Shop Price Index (MSPi), iaitu projek Fasa 3 di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), bersama pihak Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC). Kajian ini dibentangkan oleh Dr. Junainah binti Mohamad, Ketua Penyelidik dari UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
16 Jun, Kajang - Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Panel Pakar NAPREC Bil. 1/2025 telah diadakan bertempat di Baginda Lounge, Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang. Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan status kemajuan penyelidikan serta laporan kewangan bagi Geran Penyelidikan National Property Research Coordinator (NAPREC) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tempoh tahun 2024/2025.
Petaling Jaya, 25 Mac 2025 – Institut Penilaian Negara (INSPEN) melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan sesi hebahan hasil penyelidikan NAPREC di Wisma REHDA. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi penemuan penyelidikan terkini dengan pihak industri bagi memperkukuhkan kerjasama dalam pembangunan sektor hartanah negara.
Putrajaya, 25 Mac 2025 – Satu sesi perbincangan antara National Property Research Coordinator (NAPREC) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah diadakan di Bilik Melati, Aras 10, PLANMalaysia, Putrajaya. Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam penyebaran hasil penyelidikan bagi menyokong perancangan bandar dan pembangunan hartanah negara.
21 Mac 2025 | Putrajaya – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Sekretariat National Property Research Coordinator (NAPREC) dan Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membincangkan kerjasama dalam hebahan hasil penyelidikan NAPREC.
11 Mac 2025 – Satu sesi perbincangan rasmi telah diadakan antara pihak INSPEN dan Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants (PEPS) yang bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam hebahan projek penyelidikan harta tanah di bawah dana NAPREC.