11 Mac 2025 – Satu sesi perbincangan rasmi telah diadakan antara pihak INSPEN dan Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants (PEPS) yang bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam hebahan projek penyelidikan harta tanah di bawah dana NAPREC.
Pihak INSPEN diwakili oleh Dr Mohd Arif Mat Hassan (Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi), Puan Fatimah Zulkifli dan Encik Mohd Sharil Razali dari Unit NAPREC. Manakala pihak PEPS diwakili oleh Dorene Loh, Setiausaha Eksekutif dan Puan Syarmin Rohizan.
Perbincangan ini juga menandakan kali pertama NAPREC bekerjasama secara rasmi dengan pihak swasta melalui PEPS, yang mewakili golongan profesional dalam industri harta tanah. Langkah ini diharapkan dapat membuka ruang lebih luas untuk perkongsian ilmu, penyelidikan berimpak tinggi, serta pengelibatan yang lebih inklusif dalam sektor harta tanah.
Pihak PEPS menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar projek ini dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan hala tuju industri harta tanah di Malaysia, khususnya dalam aspek latihan, penilaian, pengurusan harta tanah, perundingan harta tanah dan profesi penilaian secara keseluruhan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NAPREC dan projek-projek yang telah dilaksanakan, sila layari laman web rasmi NAPREC di https://sites.google.com/view/naprec/home atau laman web INSPEN di https://www.inspen.gov.my.
#NAPREC, #INSPEN, #PenyelidikanHartanah, #DanaNAPREC
#RealEstateResearch, #PEPS