Petaling Jaya, 25 Mac 2025 – Institut Penilaian Negara (INSPEN) melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan sesi hebahan hasil penyelidikan NAPREC di Wisma REHDA. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi penemuan penyelidikan terkini dengan pihak industri bagi memperkukuhkan kerjasama dalam pembangunan sektor hartanah negara.
Delegasi NAPREC diketuai oleh Sr Dr. Mohd Arif bin Mat Hassan, Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi, INSPEN, serta diiringi oleh Pn. Fatimah binti Zulkifli, Ketua Unit NAPREC, dan En. Mohd Sharil bin Razali, Pegawai Penilaian/Penyelidik Kanan. Sesi ini dipengerusikan oleh Pn. Malathi Thevendran, Pengarah Penyelidikan dan Pendidikan REHDA Institute, bersama Pn. Christine Chuah Teong Geng, Pengurus Penyelidikan dan Pendidikan, serta Pn. Nurul Syuhada binti Saharizan, Eksekutif Kanan Penyelidikan dan Pendidikan.
Sebagai sebahagian daripada sesi ini, pihak NAPREC telah menyerahkan dua laporan penyelidikan bercetak kepada REHDA Institute:
1. Impact of Foreign Direct Investment on Malaysia's Real Estate Market: The Case of Kulim Hi-Tech Park and Batu Kawan Industrial Park – Dr. Nur Hafizah Mohammad Ismail (UUM).
2. Smart Features Element Cost Model for Malaysian Smart Living Housing Development – Dr. Fara Diva Binti Mustapa (UTM).
Selain menerima laporan penyelidikan, REHDA Institute turut berkongsi penerbitan mereka serta maklumat mengenai persidangan International Strata Symposium yang akan berlangsung pada 8 dan 9 April 2025 di M World Hotel, Petaling Jaya.
Sesi ini berperanan sebagai platform strategik bagi memperkukuhkan hubungan antara institusi penyelidikan dan pihak industri, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sektor hartanah melalui penyelidikan yang bersifat inovatif dan berimpak tinggi.
#NAPREC #INSPEN #PenyelidikanHartanah #DanaNAPREC #RealEstateResearch #REHDAInstitute #REHDA