21 Mac 2025 | Putrajaya – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Sekretariat National Property Research Coordinator (NAPREC) dan Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membincangkan kerjasama dalam hebahan hasil penyelidikan NAPREC.
Perbincangan itu telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Harta, En. Mohd Syaifulrizal bin Abu Bakar, turut hadir En. Zamri bin Ishak (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Operasi dan Pengurusan Strata), Pn. Puteri Noreen binti Mohd Tahir (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan Strategik) dan En. Muhammad Asyraf bin Ishak (Penolong Pengarah, Unit Penyelidikan). Sekretariat NAPREC pula diwakili oleh Sr Dr. Mohd Arif bin Mat Hassan, Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi, serta En. Mohd Sharil bin Razali, Pegawai Penyelidik Kanan.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif perkongsian pengetahuan, Sekretariat NAPREC telah menyerahkan dua naskhah laporan penyelidikan berbentuk hardbound kepada Bahagian Pengurusan Harta KPKT, iaitu:
1. Complaint Handling Guidelines for Strata Residential Property Managers: Navigating Residents' Complaints Effectively oleh Prof Dr Sr Yasmin Mohd Adnan
2. Exploratory Study of Maintenance Charges Budgeting for Strata Development oleh Dr Norfashiha binti Hashim
Kerjasama ini diharapkan dapat memperkasa penyebaran hasil penyelidikan kepada pihak berkepentingan serta menyumbang kepada pembangunan dasar dan amalan terbaik dalam pengurusan harta dan perumahan di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NAPREC dan projek-projek yang telah dilaksanakan, sila layari laman web rasmi NAPREC di https://sites.google.com/view/naprec/home atau laman web INSPEN di https://www.inspen.gov.my.
#NAPREC #INSPEN #PenyelidikanHartanah #DanaNAPREC #RealEstateResearch #JabatanPerumahanNegara #KPKT #JPN #CoB #Strata