MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN KEPERIHALAN PENCAPAIAN MURID
Transformasi pentaksiran mata pelajaran BM dan BI menggunakan sistem pentaksiran yang bersifat holistik dan seimbang, iaitu menilai aspek kognitif, efektif dan psikomotor.
Transformasi pentaksiran mata pelajaran BM dan BI
Keterangan
Pentaksiran mata pelajaran BM dan BI menggunakan sistem pentaksiran yang bersifat holistik dan seimbang, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan secara berterusan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP BM dan BI.
Pentaksiran sumatif dilaksanakan pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun.
Pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bertujuan meningkatkan penguasaan kefasihan dan keyakinan untuk bertutur dalam BM dan BI dengan lebih baik.
Ujian psikometrik dilaksanakan untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.