Bagi memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia, satu pelan yang mantap telah disediakan. Dengan terhasilnya PPPM 2013 – 2025 yang telah dilancarkan pada tahun 2012 maka, sistem pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri dapat direalisasikan. Pelan ini menentukan hala tuju pelaksanaan Dasar MBMMBI. Beberapa inisiatif dan aktiviti dikenal pasti bagi mencapai matlamat Dasar MBMMBI.
Sebanyak tiga belas inisiatif di bawah Dasar MBMMBI yang berpandukan Rancangan Malaysia Ke-10 telah digariskan. Bagi melaksanakan kesemua inisiatif tersebut, lapan strategi utama dikemukakan sebagai Pelan Tindakan Utama inisiatif MBMMBI. Berikut ialah rumusan ringkas lapan strategi berkenaan:
Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Mengikut Opsyen
Menggunakan Kidmat Pakar, Perundingan dan Pembantu Guru
Memperluas Penggunaan Bahan dan TMK dalam PdP Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Memperluas Publisiti dan Kempen Pengukuhan Bahasa
Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Aktiviti Bahasa di Luar Bilik Darjah
Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan Pencapaian Murid