Dasar MBMMBI memberi fokus kepada kualiti guru BM dan BI dalam aspek pedagogi, kecekapan berbahasa dan profesionalisme. Program peningkatan kapasiti guru dilaksanakan melalui strategi memantapkan latihan perguruan pada peringkat praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan, memantapkan profesionalisme guru BM dan BI dan memartabatkan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Malaysia (PKBM) dan Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI).
KPM telah merancang pelbagai program latihan di bawah Dasar MBMMBI. Antara program yang dilaksanakan ialah: