1) Tn.Hj. Solehan B Remot (2004-2005)
Dalam ucapan beliau menasihati para pensyarah untuk menjadi pengajar yang kreatif dan berkredibiliti untuk menambat kepercayaan pelajar. Beliau juga berpesan kepada staf dan pensyarah untuk bekerjasama menunjukkan mutu kerja yang cemerlang tanpa mengambil kira hal-hal yang remeh-temeh. Hj. Solehan meninggalkan harapan yang dapat menjadi azimat yang amat bermakna buat warga KMJ. Dalam ucapan terakhirnya, beliau juga berpesan kepada para pensyarah supaya tidak leka, dan ajarlah anak-anak didik dengan penuh komitmen.
2) Encik Abdul Wahab Bin Sungip (2005-2007)
Pada 13 November 2006, Majlis Persaraan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Encik Abdul Wahab bin Sungip telah berlansung di Dewan Seri Ledang, KMJ. Kemuncak majlis tersebut ialah ucapan terakhir Encik Abdul Wahab bin Sungip. Dalam ucapan beliau menasihati pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan diri dan semoga kecemerlangan diri yang ditempa itu dapat menjadi kecemerlangan warga kolej bersama. Majlis kemudian diakhiri dengan perarakan keluar Pengarah Kolej dari Dewan Seri Ledang ke Kompleks Pentadbiran diiringi dengan taburan bunga rampai oleh pelajar puteri.
3) Tn.Hj Abdullah Bin Mohd Idris@Idris
Pada 22 Mei 2011, Majlis Persaraan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Tn. Hj Abdullah bin Mohd Idris @ Idris telah diadakan di Kolej Matrikulasi Johor. Kemuncak majlis tersebut ialah ucapan terakhir Tn. Hj Abdullah. Dalam ucapan beliau menasihati para pensyarah agar tidak mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sepanjang berkhidmat. Beliau juga berkata bahawa beliau mahu para staf sokongan di KMJ untuk menjalankan tugas harian dengan penuh rasa tanggungjawab mengikut segala peraturan dan etika yang telah ditetapkan dalam membantu menguruskan pentadbiran kolej dengan sempurna dan mantap.
4) Hj. Sasman Bin Yasir
Pada 14 Julai 2014, Majlis Persaraan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Hj. Sasman bin Yasir telah diadakan di Kolej Matrikulasi Johor. Sepanjang perkhidmatan Hj. Sasman, terdapat beberapa sumbangan yang telah beliau berikan di KMJ. Antara sumbangan yang telah diberikan ialah pembinaan anjung saujana, balai Islam, projek menghijaukan KMJ, taman Ros, pantri masjid, tambahan prasarana pembelajaran pelajar, menyemarakkan semangat gotong-royong dan membudayakan aktiviti khidmat masyarakat.