Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM)
KAKOM ialah pengelolaan oleh Bahagian Matrikulasi dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (10 buah), Kolej Matrikulasi Teknikal (3 buah) dan Kolej MARA (2 buah).
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) adalah merupakan salah satu aktiviti dalam program kokurikulum. Ianya melibatkan sebilangan pelajar yang terpilih bagi mewakili kolej masing-masing dalam aktiviti permainan, pertandingan bercorak akademik dan waja diri.
Karnival ini secara umumnya adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan semangat dan berdaya saing.
Logo KAKOM
Logo berbentuk seorang pelajar berlari sambil membawa obor menyala bermaksud kegigihan seorang pelajar mengejar kejayaan. Obor - Obor yang menyala menunjukkan semangat kesukanan yang membara dalam menjayakan Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Garisan -Garisan menunjukkan kepantasan pelajar-pelajar bersukan dan kepantasan pelajar menggunakan peluang untuk mendalami ilmu pengetahuan bagi meraih kejayaan yang cemerlang.
Warna-warna yang digunakan adalah berdasarkan warna rasmi bendera Malaysia sejajar dengan matlamat Bahagian Matrikulasi iaitu sebagai penjana terunggul pelajar Bumiputera yang berkualiti dalam bidang profesional ke Institusi Pengajian Tinggi di mana mereka bakal mengharumkan nama negara pada masa hadapan.
Lagu Rasmi KAKOM
Berhimpun pelajar Matrikulasi Karnival
kokurikulum dirayakan
Ceria suasana penuh kegemilangan
Matrikulasi KPM seluruh Negara
Setiap kali kita bertemu
KAKOM mengerat persaudaraan
Pelbagai acara dilalui
Menjalin semangat pertandingan
Kalah menang bukan ukuran
Sanggup berjuang lebih utama
Bakat baru dan yang ada
Cekal menempuh cabaran
Karnival Kokurikulum Matrikulasi
Menyemai nilai– nilai murni
Menyemarak, melahirkan kepimpinan
Cekap , kreatif sentiasa
(Ulang 3 & 4)
Matrikulasi punya wawasan
Penjana Bumiputera pengajian tinggi
Membina insan berakhlak mulia
Harapan bangsa mencapai cita