Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) kali ke-4 telah diadakan di Kolej Matrikulasi Johor pada 30 Julai - 4 Ogos 2005.
Seramai 129 orang pelajar KMJ yang terlibat dalam acara sukan, kawad kaki, kebudayaan dan pidato. Seramai 31 orang pegawai yang bertauliah dan mempunyai kelayakan turut terlibat dalam KAKOM 2005 ini.
Kolej Matrikulasi Johor telah mendapat Johan dalam kejohanan KAKOM kali ke-4 ini dengan pungutan pingat sebanyak 9 unit.
KAKOM kali ke-4 ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hishamudin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 31 Julai 2005.