Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2019 (KAKOM) telah berlangsung di Kolej Matrikulasi Perlis pada 12- 15 Julai 2019 dengan gemilangnya. Kolej Matrikulasi Johor juga turut tidak ketinggalan menyertainya dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh para atlet.
Kolej Matrikulasi Johor telah berjaya merangkul 2 emas iaitu bagi kategori squash (L) dan badminton beregu (L). Manakala keputusan keseluruhan, KMJ mendapat tempat ke-4 dari 17 buah kolej yang bertanding.