Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) merupakan inisiatif tahunan peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama kolej matrikulasi terpilih selaku tuan rumah. Program ini menyediakan medan strategik untuk menyerlahkan potensi pelajar melalui pelbagai acara sukan selaras dengan hasrat KPM untuk membina pelajar yang seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Pelbagai acara permainan dan kebudayaan yang dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) selaku tuan rumah pada tahun 2025.
Tahniah kepada Kolej Matrikulasi Perak kerana menjadi johan keseluruhan. Tahniah juga diucapkan kepada semua kontinjen yang bertanding pada kali ini.
Maklumat lanjut dan gambar-gambar KAKOM 2024 boleh di akses melalui https://sites.google.com/view/kakom2025/utama?authuser=0
Kejayaan KMJ di Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2025