Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2022 ialah pengelolaan oleh Bahagian Matrikulasi dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (12 buah), Kolej Matrikulasi Teknikal (3 buah), Kolej MARA (2 buah) dan Asasi UA (3 buah).
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) adalah merupakan salah satu aktiviti dalam program kokurikulum. Ianya melibatkan sebilangan pelajar yang terpilih bagi mewakili kolej masing-masing dalam aktiviti permainan, pertandingan bercorak akademik dan waja diri. Karnival ini secara umumnya adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan semangat dan berdaya saing. Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2022 (KAKOM) telah berlangsung di Kolej Matrikulasi Melaka pada 2 - 5 September 2022 dengan gemilangnya. Kolej Matrikulasi Johor juga turut tidak ketinggalan menyertainya dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh para atlet.
Gambar-gambar kontinjen KAKOM 2022
Simbolik penerimaan amanat oleh Tuan Pengarah KMJ untuk tuan rumah KAKOM 2023Â